Remaja Cool '}

Monday, 31 December 2012

Mendalami hati Anda



Setiap pengembaraan melibatkan elemen bahaya dan elemen itulah menjadikan pengembaraan begitu menarik dan menyeronokkn. Ramai orang rela menghabiskan banyak duit semata-mata untuk mengalami sendiri pengembaraan tanpa risiko fizikal. Manusia sukakan misteri dan dan pengembaraan yg menyeronokkan. Dorongan untuk menghadapi risiko ada dalam diri kita semua. Sesetengah orang pula sanggup mengambil risiko tinggi semata-mata untuk menyelesaikan misteri.
Senario seterusnya akan membawa anda ke dunia gelap, untuk merungkai misteri dalam diri anda...

1. Bayangkan anda berada di dalam sebuah bangunan lama yg ditinggalkan sejak berdekad-dekad lamanya. Anda menemui tangga menuju ke bawah tanah dalam bangunan tersebut. Perlahan-lahan anda melangkah menuju ke bawah sambil mengira setiap langkah. Satu langkah ... dua ... tiga ... Berapa banyak langkah anda menuju  ke bawah?
 

2. Bilik bawah tanah sangat gelap. Tiba-tiba anda terdengar bunyi orang lain. Adakah bunyi itu bunyi orang menangis perlahan-lahan? Meraung kesakitan? Adakah ia suara yang bercakap dengan anda? 

3. Bagaimana anda bertindak balas apabila mendengar bunyi tersebut? Adakah anda cuba untuk mencari sumber bunyi itu? Adakah naluri pertama anda berlari menaiki semula tangga tanpa melihat ke belakang? Atau anda tergamam dan tidak dapat bergerak kerana ketakutan?

 
4. Anda mendengar orang memanggil nama anda dari atas tangga. Siapakah orang yang memanggil nama anda?






Jawapan saya pula: 
1) Banyak sangat tangga lm 2-3tingkat gitu.. 
2) Bunyi orang meraung kesakitan..
3) Berlari dan berpatah balik keluar dari bilik bawah tanah
4) Tak kenal dan x tahu siapa..

Anda pula bagaimana?? n_n ~

Analisis

Bangunan terbengkalai dan bilik bawah tanah yang sangat simbolik dengan kenangan silam yang dikebumikan. Semua orang mempunyai satu pengalaman pahit tidak mahu diingati. Tetapi memori tersebut tidak mudah hilang, dan perkara yang kita harap untuk dilupakan bermain dalam fikiran lebih lama dari yg anda sangkakan. Reaksi anda terhadap situasi diatas menggambarkan bagaimana anda menangani perkara pahit dalam hidup anda.

1. Bilangan langkah menuju ke bawah menunjukkan betapa dalamnya kesakitan yg anda alami. Orang yang berkata terdapat hanya sedikit tangga hanya merasakan sedikit kesan dari perkara silam. Tetapi orang-orang yang mempunyai bilangan langkah tangga yang banyak menunjukkan betapa dalamnya luka dihati anda.

2. Bunyi yang anda dengar dari kegelapan mendedahkan bagaimana anda mengatasi pengalaman buruk pada masa lalu. Mereka yang mendengar suara tangisan telah ditenangkan dan dibantu dari semasa ke semasa. Mereka yang membantu anda mengatasi pengalamn pahit tersebut menjadikan diri anda yang sekarang. Tangisan dan penderitaan anda tidak sia-sia. Mereka yg mendengar suara meraung kesakitan pula melalui hari dengan penuh kesedihan seorang diri. Jeritan kesakitan yg anda dengar dalam gelap melambangkn kepedihan yang terpendam dlm hati anda. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda membuka pintu hati anda dan membiarkan sedikit cahaya memasuki hati anda. Sesuatu perkara tidak akan kelihatan suram bila cerah. Mereka yang mendengar suara bercakap kepada mereka mengatasi pengalami pahit dengan bangga tanpa memikirkan perkara tersebut sebagai luka yg dalam. Mereka pandai dalam menghadapi kesusahan dan menganggap perkara tersebut akan membuatkan mereka lebih matang.

3. Reaksi anda terhadap bunyi yg anda dengar menunjukkan bagaimana anda menghadapi pengalaman pahit anda. Jika anda pergi mencari sumber bunyi tersebut, ini menunjukkan bahawa anda menghadapi pengalaman pahit anda dengan berani. Penyelesaian akan ada untuk anda sekiranya anda bersemuka dengan perkara tersebut. Mereka yg berpatah balik menuju keatas menunjukkan yg anda suka lari dari pengalaman pahit anda dan berharap perkara tersebut pergi jauh dari hidup anda. Pendekatan tersebut mungkin berhasil untuk sementara tetapi jangan terkejut pabila anda menghadapi lebih banyak dugaan berkaitan di masa akan datang. Kadang-kadang anda perlu untuk berdiri dan menghadapi ketakutan anda. Mereka yg kaku ketakutan pula menunjukkan bahawa anda mempunyai konflik yg masih belum diselesaikan pada masa lalu dan perkara tersebut terus menghantui anda.

4. Orang yang  memanggil nama anda di bahagian atas adalah seseorang yang anda rasakan yg anda boleh bergantung pada masa. Nama yang anda berikan adalah orang yang anda percaya dan selesa dgn anda serta sanggup membantu untuk menyembuhkan luka dalaman anda.

Selamat Tahun Baru 2013!!

Alamak!! Last tahun ni hari ini. Esok da masuk tahun baru upenye..Pejam celik pejam celik tahun 2012 da berlalu. Tapi diharapkan para pembaca sekalian mempunyai azam yg lebih teguh untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Saya ada bunga api nak tnjukkan smua sempena tahun baru ni..jom kita tengok bunga api!! n_n ~

















 

Thursday, 27 December 2012

Spongebob Logik


 Kali ni bukan ujian psikologi berdasarkan situasi..tetapi hanya sekadar berkongsi minat sahaja. Semua minat spogebob kan? Saya pon minat gak cter spogebob ni, slalu tgok ble kat umah..maybe tu je kot antara bnyak2 cter karton kt tv yg sy tgok..anyway, meh tgok gmbar2 cter spongebob ni dan ape yg anda fikirkan...haha..enjoy!!







Haha..cane skunk? btw, ni juz suke2 jer..imaginasi tu penting wlaupun x logik..mungkin sbb tu la cter ni best. dan sy still minat cter ni...

hope u all enjoy..~~

Wednesday, 26 December 2012

Ujian Rawak:Respon dalam keadaan krisis

Setiap negara pasti akan ada jenayah. Bagaimana jenayah itu diselesaikan dan berapa lama diselesaikan akan melambangkan kredibiliti negara dalam menangani jenayah. Banyak juga drama2 kisah berunsur penyelesaian kes jenayah yg ada seperti csi, detective conan dan sebagainya. Ujian kali ini akan adalah mengenai situasi di sebuah mahkamah. Berikut adalah situasi..
Jika anda adalah seorang pelakon yang berlakon dalam drama mahkamah, antara watak-watak berikut, yg manakah anda? 


Peguam 
Detektif
 Tertuduh 
Saksi




Analisis:
Dari segi psikologi, pelakon dikaitkan dengan persona sosial anda (Latin untuk 'mask'), mimik muka anda semasa berurusan dengan dunia luar. Membayangkan diri anda sebagai seorang pelakon memberikan anda kebebasan untuk memainkan peranan seperti yang anda mahukan. Dan situasi mahkamah menambah rasa intensiti dan  teruja di tempat kejadian. Watak yg anda pegang menunjukkan bagaimana anda bertindak balas kepada situasi krisis.

Peguam
Anda biasanya akan menunjukkan yg anda tenang dan jarang membiarkan org lain nampak yg anda rimas. Tetapi anda juga mempunyai wajah yang berbeza apabila dalam keadaan sgt tertekan. Anda seorang yg cepat marah dan terkadang tidak dpt mengawal kemarahan anda.

Detektif
Anda seorang yg rasional dan tidak mudah hanyut dalam kekeliruan diwaktu org lain keliru. Anda sentiasa tenang dan dihormati. Org sekeliling selalu memnta pertolongan anda diwaktu kesusahan. Ini bermakna masalah seolah-olah mengikuti anda, tetapi anda tidak terasa keberatan walaupun tekanan bertambah, sebaliknya, ia hanya menjadikan anda lebih tenang.

Tertuduh
Pada pandangan pertama, anda nampak kuat dan jenis yg tidak kesah, tetapi pada hakikatnya, anda tidak mampu melihat kesudahan atau akibat atas apa yg ada lakukan. Apabila perkara menjadi sukar, anda membazirkan masa meneka dan menilai diri sendiri dan bukannya menangani masalah anda. Untuk kebaikan anda, lebih baik anda berkawan dengan orang yg dapat menangani sesuatu perkara dengan teratur.

Saksi
Anda seorang yg suka bekerjasama dan menolong dalam apa jua keadaan, tetapi fleksibiliti dan kesungguhan anda mungkin membawa masalah lain. Anda mencuba untuk mendekati semua org menjadikan diri anda tidak konsisten dan tidak dipercayai. Anda selalu bimbang sama ada kenyataan anda betul atau tidak dan anda juga bimbang sama ada anda dipercayai atau tidak. Sebelum anda ingin org percayakan anda, adalah lebih baik anda percayakan diri sendiri terlebih dahulu.

Watak sy adalah detektif ( sbb minat watak detektif). Jadi, manakah watak yang anda pilih dan apakah personaliti anda dalam menangi situasi krisis?  

 

Tuesday, 25 December 2012

Ujian Rawak: Burung Biru

Bagaimanakah anda menghadapi kesusahan atau ketidakpastian dalam hidup?? Mari kita uji dengan situasi dibawah:




Suatu hari, seekor burung bewarna biru telah terbang msuk ke dalam bilik anda dan terperangkap. Sesuatu tentang burung biru itu menarik perhatian anda dan anda memutuskan untuk memeliharanya. Keesokannya, burung biru tersebut telah bertukar warna kepada kuning! burung itu bertukar warna lagi malamnya. Pada pagi hari ketiga, warna burung itu adalah merah terang dan hari keempat warnanya adalah hitam. Pada pandangan anda, warna apakah burung itu pada hari yang kelima?

1. Burung tersebut masih lagi bewarna hitam
2. Burung tersebut bertukar ke warna asal(biru)
3. Bertukar ke warna putih
4. Bertukar ke warna keemasan


Analisis:
Burung yang masuk ke dalam bilik anda adalah seperti simbol kebaikan, namun ia bertukar warna membuatkan anda risau sama ada kegembiraan anda akan berkekalan atau tidak. Reaksi anda terhadap situasi ini melambangkan bagaimana anda memberi reaksi terhadap kesusahan dan ketidakpastian dalam hidup.

1] Mereka yang berkata burung kekal hitam mempunyai pandangan pesimis. Anda cenderung untuk mempercayai bahawa apabila keadaan menjadi buruk, ia tidak akan kembali kepada sebelumnya. Mungkin anda perlu mencuba untuk berfikir bahawa jika perkara ini adalah seburuk yg anda sangka, ia tidak akan menjadi lebih teruk. Ingat, tidak ada hujan yang tidak berakhir dan tiada malam yg berterusan sehingga tiada subuh hari berikutnya.

2] Mereka yang berkata burung biru lagi mempunyai pemikiran optimis. Anda percaya bahawa hidup ini adalah gabungan yang baik dan buruk. Anda menerima kesukaran dengan tenang tanpa tekanan yang tidak wajar atau bimbang. Pandangan ini membolehkan anda menghadapi kesukaran tanpa membebankan jiwa anda.

3] Mereka yang berkata burung bertukar putih adalah seorang yang mampu membuat keputusan dengan baik dalam keadaan tertekan. Anda tidak membuang masa dalam membuat keputusan walaupun sedang dilanda krisis. Jika keadaan bertambah buruk, anda rasakan adalah lebih baik untuk mencari alternatif lain untuk menyelesaikannya dan bukannya bersedih dan mengadu.Pendekatan yang proaktif ini menyenangkan anda dan orang lain.

4] Mereka yang berkata burung bertukar keemasan boleh digambarkan sebagai berani. Anda tidak tahu makna tekanan. Kepada anda, setiap krisis adalah peluang. Tetapi berhati-hati supaya keyakinan tinggi anda tersebut tidak memakan diri sendiri. Ada beza antara berani dan terlalu berani! 

Saturday, 22 December 2012

Bentuk Ubat Gigi

Adakah anda tahu bahawa bentuk ubat gigi yang anda gunakan juga dapat memberi gambaran tentang personaliti anda? Ubat gigi merupakan sesuatu keperluan yang penting dalam kehidupan seharian kita. disebabkan kita selalu menggunakannya, maka ia boleh memberi gambaran tentang diri kita. Jom tengok jenis bentuk ubat gigi dan analisa personaliti anda n_n

Ubat gigi 1
Anda seorang yang tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara megikut dorongan hati. Anda seorang yang sukakan keseronokan dan suka berseronok, mungkin keluar dengan kawan2, berparti dan sebagainya.

Ubat gigi 2
Jika orang lain lihat bentuk gigi anda, maka perkara pertama yang mereka fikir adalah anda tidak suka membazir. Betul, anda suka berjumat cermat. Mungkin sebab itulah ubat gigi anda tidak cepat habis. Walaubagaimanapun, orang yg membentuk ubat gigi ini juga lebih senang terdedah kepada kemurungan.

Ubat gigi 3
Anda seorang yang degil!! Anda seorang yang cepat bosan dan lambat dalam memahami sesuatu perkara

Ubat gigi 4
Anda seorang yang tidak suka bersosial. Anda pendiam dan tidak suka dikacau/ditegur. Kenapa ubat gigi anda mempunyai bentuk yang sama seperti yang baru?? ini kerana anda jarang gosok gigi!! jadi x hairanlah jika nafas anda berbau~

Saya jenis 2, Anda pula bagaimana? n_n ~


Wednesday, 19 December 2012

Motif Pembunuhan dan Anda??


Ini adalah cerita seorang gadis.
Pada saat di upacara pengkebumian ibunya yang
baru meninggal,
dia bertemu dengan seorang laki-laki yang belum
pernah dia kenal sebelum ini.
Dia sungguh tertarik dengan lelaki itu.
Lelaki itu adalah lelaki idaman yang selalu dia
impikan sejak dulu dan dia telah jatuh
cinta.
Tapi sayang sekali setelah itu laki-laki tadi
menghilang dan
gadis tersebut tidak lagi bertemu dengan lelaki
itu lagi.
Beberapa hari setelahnya, ada kejadian heboh.
Gadis ini membunuh kakak perempuan kandungnya.

PERTANYAAN:
Apa motif pembunuhan ini?
JANGAN memindahkan kursor komputer sampai anda
tahu jawapannya. (berhenti sejenak untuk berfikir jawapan kepada
pertanyaan ini)!!!
=========================================================
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> JAWABAN YANG BENAR:
> Gadis ini berharap bahwa lelaki idamannya akan
> muncul lagi di majlis pengkebumian
> kakak perempuannya!!
> —————————————-
>
> Jika jawaban anda betul, bererti anda telah berfikir
> seperti seorang pembunuh!!.
> Test ini dibuat oleh seorang psikolog Amerika yang
> terkenal, George Brown, Phd.
> Test diberikan untuk mengetahui apakah seseorang
> memiliki mentalis
> sebagai seorang pembunuh ataupun tidak. Ramai
> pembunuh disuruh menjawab test ini dan jawapan mereka betul!!.
>
> Jika jawapan anda salah, anda tidak perlu bimbang.
> Jika ada salah seorang jawapan kawan anda betul,
> kamu perlu mula berfikir
> untuk menjauhi orang tersebut.

ingatlah org yg trsyg..always..haha n_n 

Friday, 14 December 2012

me when study..

..let reveal a bit of myself when i am studying..just show it out of habit bcoz my blog seems to hav a long sleep. lets wake it up with these...

The night before test Electrical Techno, i start studying at 10.30pm after test PICOM at the same night. well, because i am tired, so my concentration is not at best..

This is me, my normal face, my everyday face
and then, after some time...



 i do some critical thinking and then i got it..understand the note and question pretty well i guess...



after that an hour...starting to feel sleepy and boring,


but, i keep studying and do the exercises...




for some question, there is always something that we don't understand and need time to understand...


that's it for today...not showing my face anymore..hahaha..

Software used: manycam
editting: none
place: my room, my desk, and my laptop

see ya...just want to change in a while... n_n ~

Tuesday, 2 October 2012

Listen..

i am not the one who lies....but you are!!
sejak sekola lagi..
smua tu, tipu ye?
after all u said,
seems to be different from what u've done
after all the promises you made,
...it means nothing to you..

tell me the truth..
is that all lies??
 i will be keeping that promise.
i'll wait..~

Saturday, 15 September 2012

Hard to Let Go~


Last Love Letter..kind of similar~

Tuesday, 11 September 2012

Macam mana nak lupakan

hari ni, satu lagi post yg abg ingin kongsikan pd adik2 semua tentang bagaimana untuk melupakan seseorang. cara dibawah ini mungkin agak efektif bagi sesetengah orang tp ia langsung x efektif untuk abg. walaubagaimanapun, satu perkongsian untuk dibaca. selamat membaca

cara melupakan seseorang

1. Bersedia untuk menghadapi cabaran
Adik2 perlu anggap bahawa semua ini adalah cabaran bagi adik2. perkara yg lepas akan sentiasa menghantui adik2 jika adik2 x bersedia untuk menghadapinya. cuba selesaikan masalah yg lepas jika ada.

2. Menerima hakikat bahawa kita x boleh ubah apa yg jadi
Apa yang kita buang untuk kembali pada masa lepas, untuk kembali semula mungkin sia2 saja. sekiranya adik2 dah tahu bahawa apa yang adik2 buat utk kembali pada keadaan asal itu hanya sia2, lebih baik adik2 give up dan terima saja hakikat. memang sangat susah untuk terima hakikat tp kita perlu sentiasa mencuba

3. Belajar untuk melepaskan perkara yg lepas
Perlahan demi perlahan, kita perlu mencuba menerima apa yg berlaku dan hidup pada masa sekarang, bukannya masa lepas ye.

4. Buang yg lepas dalam masa sekarang
kita perlulah melakukan sesuatu perkara tanpa dipengaruhi oleh apa yg berlaku pada masa lepas.

5. Cuba untuk bentuk masa depan
perlulah sentiasa fikirkan masa depan dan sentiasa maju ke depan

ha..itu saja. kongsi je tapi semua tu abg langsung x dpt buat. semuanya perlukan masa. haha..seolah-olah macam pen je. bila nak, kita guna..bila ada pen yg lebih bagus, kita buang yg lama. buang. apa-apa pun, cubalah yg terbaik untuk diri anda.

btw, adik2 bole dgr jugak lagu dibawah~


Friday, 7 September 2012

detik pelangi #5.0


5.0
Telah lama lelaki ini menunggu. Malam2nya tidak sama lagi. Lelaki ini sudah terbiasa tidur lewat malam dan bangun awal pagi semata-mata menunggu sms wanita itu walaupun ia hanya kerja yg sia2 sahaja. Mata lelaki ini pula semakin teruk. Matanya makin rabun disebabkan terlalu kerap menangis. Namun lelaki ini masih menunggu. Menunggu utk menunaikan jnji2nya pada wanita itu.

Hari demi hari berlalu bagaikan sgt pahit bg lelaki ini. Hidup tnpa wanita itu umpama hidup tnpa nyawa bg lelaki ini. Sering kali lelaki ini terfikir utk membunuh sahaja Cher, seorang lelaki yg msuk cmpur dlm hidup mereka. namun lelaki ini tahu, bukan salah Cher. Lelaki ini cuba menyalahkan wanita itu sebab melayan lelaki laen. Namun lelaki ini tiada keberanian utk berbuat demikian. Lelaki ini hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana kejam dgn kata2nya terhadap wanita itu. Lelaki ini menyalahkan dirinya sendiri krn terberi pahit dlm hidup wanita itu. Lelaki ini memberi denda pd dirinya sndiri, hidup dlm bayangan wanita itu. Lelaki ini sentiasa menunggunya.

Hidup tanpa wanita itu sangat pedih bg lelaki ini. Dulu wanita itu juga pernah tanya, apa kn jadi kalau wanita itu tiada suatu hri nanti. Lelaki ini menjawab”kamu kn slalu ada..lgpon ak xnk pk kamu tiada”. Sekarang kata2 itu memakan dirinya sndiri. Mungkin wanita itu sudah lama terfikir utk meninggalkan lelaki ini. Membuang lelaki  ini bila x lagi diperlukan. Betul, lelaki ini tidak mampu hidup lagi. Utk hidup amat perit bg lelaki ini. Lelaki ini sering terbayang, btpa pedihnya dirinya bila suatu hari nanti lelaki ini ternampak wanita itu dan Cher sdg hepi mungkin sbg kekasih atau mungkin sbg suami istri. Tentu saat itu lelaki ini xkan teragak-agak membunuh diri.

Tidak, lelaki ini masih menunggu. Bertahan da terus bertahan. Namun sampai bila lelaki ini mampu bertahan? Lelaki ini juga tidak tahu kerana lelaki ini amat lemah menghadapi perkara sebegini. Lelaki ini amat takut jika masa depannya bukan dgn wanita itu. Walaupun sekarang wanita itu sedang bergembia dgn teman yg baru, lelaki ini masih belum mampu hadapi kenyataan.

Lelaki ini takut menghadapi masa depan. Lelaki ini takut masa depan tanpa wanita itu. Lelaki ini bertekad untuk betul2 mengakhirinya. Tapi sebelum itu. Lelaki ini mahu kawan2nya mengingatinya. Lelaki ini mula menjadi ceria sejak semester baru bermula. Lelaki ini cuba rapat dan sentiasa bergurau dengan kawan2nya. Rapat dgn kawan perempuan sama seperti dgn kawan lelaki. Lelaki ini sudah tidak mahu lagi memikirkan apa2. Apa yang lelaki ini mahu buat, dia akan buat.

Kawan sekelasny mulai pelik. Perubahan pada lelaki ini sgt ketara. Dulu lelaki ini seorang yg kool, x byk ckp dn susah utk rapat. Tp sekarang lelaki ini tdk lagi kool, byk cakap dn sgt sng utk rapat. Lelaki ini hanya mahu kawan2nya mengingatinya. Itu sahaja.  Apa yg memeranjatkan, lelaki ini mulai merokok. Walaupun hanya satu hari sahaja. Kawannya menegurnya pabila terlihat kelibat lelaki ini merokok.
“tidak, ak merokok tp juz hari ni je..juz tarikh ni je..hri jdi die”. lelaki ini merokok sepanjang hari pd hari itu.

Setahun berlalu sejak mereka berputus, wanita itu sudah pun berteman dgn Cher dalam diam. Lelaki ini hanya sntiasa harap bhw wanita itu gmbira. Tp lelaki ini tidak sanggup hadapi pedih ini lagi. Segalanya akan berakhir. Lelaki ini merokok utk kali yg terakhir. Tarikh dia ditinggalkan. Lelaki ini mara ke depan. Sedang kawan2nya asyik bermain air pantai, lelaki ini terus mara kedepan hinggalah pada tahap lelaki ini tidak mampu lagi mara. Tenggelam dibuai ombak dan langsung tidak mencuba untuk menyelamatkan diri. Tenggelam dan lemas. Satu nyawa yg hilang disebabkn cinta. Pedih yg dialami melebihi segalnya. Walaupun luka fizikal x mampu lg ubati pedih itu. Nyawa yg tenggelam. Nyawa yg x lg diperlukan. Bila bosan,bila jumpa seseorg yg lebih menarik, bila x lg diperlukan, lelaki ini dibuang. Tenggelam.

*p/s: jgn wt gini. x elok. Story je. Jgn mainkn prasaan org~

Saturday, 4 August 2012

arahida #2








Friday, 3 August 2012

cying man...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...