Remaja Cool '}

Wednesday 26 December 2012

Ujian Rawak:Respon dalam keadaan krisis

Setiap negara pasti akan ada jenayah. Bagaimana jenayah itu diselesaikan dan berapa lama diselesaikan akan melambangkan kredibiliti negara dalam menangani jenayah. Banyak juga drama2 kisah berunsur penyelesaian kes jenayah yg ada seperti csi, detective conan dan sebagainya. Ujian kali ini akan adalah mengenai situasi di sebuah mahkamah. Berikut adalah situasi..
Jika anda adalah seorang pelakon yang berlakon dalam drama mahkamah, antara watak-watak berikut, yg manakah anda? 


Peguam 
Detektif
 Tertuduh 
Saksi




Analisis:
Dari segi psikologi, pelakon dikaitkan dengan persona sosial anda (Latin untuk 'mask'), mimik muka anda semasa berurusan dengan dunia luar. Membayangkan diri anda sebagai seorang pelakon memberikan anda kebebasan untuk memainkan peranan seperti yang anda mahukan. Dan situasi mahkamah menambah rasa intensiti dan  teruja di tempat kejadian. Watak yg anda pegang menunjukkan bagaimana anda bertindak balas kepada situasi krisis.

Peguam
Anda biasanya akan menunjukkan yg anda tenang dan jarang membiarkan org lain nampak yg anda rimas. Tetapi anda juga mempunyai wajah yang berbeza apabila dalam keadaan sgt tertekan. Anda seorang yg cepat marah dan terkadang tidak dpt mengawal kemarahan anda.

Detektif
Anda seorang yg rasional dan tidak mudah hanyut dalam kekeliruan diwaktu org lain keliru. Anda sentiasa tenang dan dihormati. Org sekeliling selalu memnta pertolongan anda diwaktu kesusahan. Ini bermakna masalah seolah-olah mengikuti anda, tetapi anda tidak terasa keberatan walaupun tekanan bertambah, sebaliknya, ia hanya menjadikan anda lebih tenang.

Tertuduh
Pada pandangan pertama, anda nampak kuat dan jenis yg tidak kesah, tetapi pada hakikatnya, anda tidak mampu melihat kesudahan atau akibat atas apa yg ada lakukan. Apabila perkara menjadi sukar, anda membazirkan masa meneka dan menilai diri sendiri dan bukannya menangani masalah anda. Untuk kebaikan anda, lebih baik anda berkawan dengan orang yg dapat menangani sesuatu perkara dengan teratur.

Saksi
Anda seorang yg suka bekerjasama dan menolong dalam apa jua keadaan, tetapi fleksibiliti dan kesungguhan anda mungkin membawa masalah lain. Anda mencuba untuk mendekati semua org menjadikan diri anda tidak konsisten dan tidak dipercayai. Anda selalu bimbang sama ada kenyataan anda betul atau tidak dan anda juga bimbang sama ada anda dipercayai atau tidak. Sebelum anda ingin org percayakan anda, adalah lebih baik anda percayakan diri sendiri terlebih dahulu.

Watak sy adalah detektif ( sbb minat watak detektif). Jadi, manakah watak yang anda pilih dan apakah personaliti anda dalam menangi situasi krisis?  

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...