Remaja Cool '}

Monday 31 December 2012

Mendalami hati Anda



Setiap pengembaraan melibatkan elemen bahaya dan elemen itulah menjadikan pengembaraan begitu menarik dan menyeronokkn. Ramai orang rela menghabiskan banyak duit semata-mata untuk mengalami sendiri pengembaraan tanpa risiko fizikal. Manusia sukakan misteri dan dan pengembaraan yg menyeronokkan. Dorongan untuk menghadapi risiko ada dalam diri kita semua. Sesetengah orang pula sanggup mengambil risiko tinggi semata-mata untuk menyelesaikan misteri.
Senario seterusnya akan membawa anda ke dunia gelap, untuk merungkai misteri dalam diri anda...

1. Bayangkan anda berada di dalam sebuah bangunan lama yg ditinggalkan sejak berdekad-dekad lamanya. Anda menemui tangga menuju ke bawah tanah dalam bangunan tersebut. Perlahan-lahan anda melangkah menuju ke bawah sambil mengira setiap langkah. Satu langkah ... dua ... tiga ... Berapa banyak langkah anda menuju  ke bawah?
 

2. Bilik bawah tanah sangat gelap. Tiba-tiba anda terdengar bunyi orang lain. Adakah bunyi itu bunyi orang menangis perlahan-lahan? Meraung kesakitan? Adakah ia suara yang bercakap dengan anda? 

3. Bagaimana anda bertindak balas apabila mendengar bunyi tersebut? Adakah anda cuba untuk mencari sumber bunyi itu? Adakah naluri pertama anda berlari menaiki semula tangga tanpa melihat ke belakang? Atau anda tergamam dan tidak dapat bergerak kerana ketakutan?

 
4. Anda mendengar orang memanggil nama anda dari atas tangga. Siapakah orang yang memanggil nama anda?






Jawapan saya pula: 
1) Banyak sangat tangga lm 2-3tingkat gitu.. 
2) Bunyi orang meraung kesakitan..
3) Berlari dan berpatah balik keluar dari bilik bawah tanah
4) Tak kenal dan x tahu siapa..

Anda pula bagaimana?? n_n ~

Analisis

Bangunan terbengkalai dan bilik bawah tanah yang sangat simbolik dengan kenangan silam yang dikebumikan. Semua orang mempunyai satu pengalaman pahit tidak mahu diingati. Tetapi memori tersebut tidak mudah hilang, dan perkara yang kita harap untuk dilupakan bermain dalam fikiran lebih lama dari yg anda sangkakan. Reaksi anda terhadap situasi diatas menggambarkan bagaimana anda menangani perkara pahit dalam hidup anda.

1. Bilangan langkah menuju ke bawah menunjukkan betapa dalamnya kesakitan yg anda alami. Orang yang berkata terdapat hanya sedikit tangga hanya merasakan sedikit kesan dari perkara silam. Tetapi orang-orang yang mempunyai bilangan langkah tangga yang banyak menunjukkan betapa dalamnya luka dihati anda.

2. Bunyi yang anda dengar dari kegelapan mendedahkan bagaimana anda mengatasi pengalaman buruk pada masa lalu. Mereka yang mendengar suara tangisan telah ditenangkan dan dibantu dari semasa ke semasa. Mereka yang membantu anda mengatasi pengalamn pahit tersebut menjadikan diri anda yang sekarang. Tangisan dan penderitaan anda tidak sia-sia. Mereka yg mendengar suara meraung kesakitan pula melalui hari dengan penuh kesedihan seorang diri. Jeritan kesakitan yg anda dengar dalam gelap melambangkn kepedihan yang terpendam dlm hati anda. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda membuka pintu hati anda dan membiarkan sedikit cahaya memasuki hati anda. Sesuatu perkara tidak akan kelihatan suram bila cerah. Mereka yang mendengar suara bercakap kepada mereka mengatasi pengalami pahit dengan bangga tanpa memikirkan perkara tersebut sebagai luka yg dalam. Mereka pandai dalam menghadapi kesusahan dan menganggap perkara tersebut akan membuatkan mereka lebih matang.

3. Reaksi anda terhadap bunyi yg anda dengar menunjukkan bagaimana anda menghadapi pengalaman pahit anda. Jika anda pergi mencari sumber bunyi tersebut, ini menunjukkan bahawa anda menghadapi pengalaman pahit anda dengan berani. Penyelesaian akan ada untuk anda sekiranya anda bersemuka dengan perkara tersebut. Mereka yg berpatah balik menuju keatas menunjukkan yg anda suka lari dari pengalaman pahit anda dan berharap perkara tersebut pergi jauh dari hidup anda. Pendekatan tersebut mungkin berhasil untuk sementara tetapi jangan terkejut pabila anda menghadapi lebih banyak dugaan berkaitan di masa akan datang. Kadang-kadang anda perlu untuk berdiri dan menghadapi ketakutan anda. Mereka yg kaku ketakutan pula menunjukkan bahawa anda mempunyai konflik yg masih belum diselesaikan pada masa lalu dan perkara tersebut terus menghantui anda.

4. Orang yang  memanggil nama anda di bahagian atas adalah seseorang yang anda rasakan yg anda boleh bergantung pada masa. Nama yang anda berikan adalah orang yang anda percaya dan selesa dgn anda serta sanggup membantu untuk menyembuhkan luka dalaman anda.

1 comments:

azeo laxerz said...

wow...my wound sure are deep. haha..maybe betulnye but let it be..if waiting is a curse, then let me be cursed..yosh, gud luck smua~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...