Remaja Cool '}

Friday 4 January 2013

Bagaimana Orang Lain Menilai diri Anda

Kali ini mari kita menguji sejauh mana anda menilai orang lain dari luaran semata-mata


Cuba bayangkan apa akn jadi kalau anda adalah seorang penyanyi dengan rekod jualan album anda adalah antara yg terlaris. Media sentiasa mengikuti anda dn anda mempunyai peminat yg ramai. Lagu yg anda nyanyikan disiarkn di radio, tv, dan ramai org yg sukakan lagu anda. Satu kepuasan bagi anda apabila penat lelah anda, nyanyian anda dibalas dengan senyuman dan sorakan yg gemuruh.

Sekarag, bayangkan anda adalah seorang penyanyi dan baru sahaja selesai penggambaran album CD pertama anda. Sekarang, apa yg belum selesai adalah rekaan muka depan album. Rekaan album jenis manakah yg anda pilih?

1. Pemandangan yg indah dan tenang yg diambil dari lokasi yg eksotik


2. Gambar karton yg menarik atau sesuatu yg menyeronokkan




3. Corak abstrak tanpa makna yg jelas tetapi membuat seseorang berfikir sejenak tentang makna disebalik gambar



4. Gambar anda sendiri dengan gaya yg menarik



Analisis:

Idea tentang album anda secara psikologikal memberi gambaran mengenai penilaian anda terhadap diri sendiri. Rekaan yg anda mahukan dalam album CD anda adalah berkait dengan aspek personaliti yg anda tunjukkn pada luaran. Dengan erti kata lain, anda mahu mereka pandang anda sebagai seorang yg bagaimana.

1. Pemandangan yg indah dan tenang yg diambil dari lokasi yg eksotik
Anda melihat diri anda sebagai seorang yang penyayang yang sentiasa tersenyum dan bercakap baek. Anda ambil berat tentang orang lain. Tetapi bagi org lain, anda seolah-olah meletakkan dinding di sekeliling anda yg membuat org lain susah untuk mengenali anda, dan seolah-olah rasa ambil berat anda tidak ikhlas. Jika anda tidak berhati-hati dan menunjukkan apa yg anda rasa, org tidak akan akan tahu lagi apa yg anda fikirkan.

  2. Gambar karton yg menarik atau sesuatu yg menyeronokkan
Anda pandai bergaul, suka bercakap, dan menyeronokkn. Dan anda tahu itu. Tetapi orang lain melihat anda sebagai tidak boleh diharap, banyak ragam dan kadang-kadang berlebihan. Mampu membuatkan orang ketawa adalah bagus namun itu jika mereka ketawa bersama anda dan bukannya ketawakan anda.

3. Corak abstrak tanpa makna yg jelas tetapi membuat seseorang berfikir sejenak tentang makna disebalik gambar
Anda bersungguh-sungguh menunjukkan kreativiti dan bakat anda kepada semua. Mungkin anda mempunyai bakat tetapi anda perlu ingat bahawa orang lain juga mempunyai bakat tersendiri!. Cara syg betul untuk anda menyerlah adalah untuk menerima dan bekerja bersama-sama. Jika tidak, anda mengambil risiko dilihat sebagai org asing. Keaslian anda memang penting namun jgn smpai orang lain melihat anda sebagai gila aneh!

4. Gambar anda sendiri dengan gaya yg menarik
Anda mengambil pendekatan mudah, berkata "Ini adalah aku, kenali aku sebagai diri sebenar aku," dan anda melihat bahawa kejujuran aspek terkuat anda. Walaubagaimanapun kejujuran anda juga mungkin boleh diaggap sebagai kedegilan! "Ini aku yg sebenar, aku xkan berubah!". Tiada orang yg terlalu hebat sehingga tidak mahu menjadi lebih baek. Jika anda mahu mengekalkan imej anda, pastikan bahawa orang lain menerima diri anda terlebih dahulu.

Wednesday 2 January 2013

Kereta Idaman Anda


Memandu sangat menyeronokkan bagi kebanyakan org. Setelah bersusah-payah mengambil ujian memandu hanya untuk mendapatkan lesen memandu, sudah tentulah anda akan gembira apabila kali pertama memandu kereta di jalan raya. Dengan memandu, anda boleh pergi kemana yg anda suka dan bila-bila sahaja yg anda mahukan. Ia adalah tentang kebebasan, kelajuan dan kuasa enjin. Dalam ujian kali ini, anda akan mengambil masa untuk berfikir kereta manakah yg anda impikan tanpa memikirkan soal perbelanjaan atau lain-lain perkara. Hanya kereta yg anda mahukan kerana ia akan menggambarkan diri anda dan pemilihan pasangan anda

Antara jenis kereta di bawah, yg manakah yg anda mahukan?
1. Sebuah kenderaan berprestasi tinggi dengan segala kelengkapan.



 

2. Reka bentuk yang mengagumkan dengan casis yg unik dan menarik. 
3. Kereta yg berstatus tinggi dgn harga termahal. 

4. Apa-apa kereta pon boley asalkan boley jalan

Analisis

Citarasa anda terhadap kereta menggambarkan citarasa anda terhadap kaum yg berlainan jantina. Ciri-ciri yg anda mahukan dalam kereta idaman anda menggambarkan perkara yg anda mahukan apabila mencari pasangan anda.

1. Sebuah kenderaan berprestasi tinggi dengan segala kelengkapan
Anda mahukan yg terbaik dari kereta anda dan pasangan anda, ini juga bermakna anda bersedia untuk menghargai perkara-perkara yang baik dalam semua orang. Pelbagai citarasa bermakna anda mungkin kelihatan sedikit tidak konsisten, anda tertarik kepada kecantikan, kebaikan, kecanggihan, jenaka membuatkan anda menilai seseorang dari segala sudut dan hanya akan membuat keputusan apabila anda betul-betul pasti bahawa dialah yg terbaik antara semua. Tetapi ingat, tiada orang yg sempurna di dunia ini dan jgnla tinggalkn pasangan anda pabila ternampak sedikit keburukan pun dari pasangan anda.

2. Reka bentuk yang mengagumkan dengan casis yg unik dan menarik.
Anda jenis menunjuk-nunjuk. Jadi kecantikan fizikal adalah segala-galanya bagi anda. Anda tidak begitu kisah tentang dalaman seseorang asalkan cantik di mata. Ini kerana anda suka menunjuk dan suka dipuji dan beranggapan pilihan anda lebih baik dari orang lain. Awas, mungkin pasangan yg anda pilih hanya cantik luaran sahaja tetapi tidak dalaman!!.

3. Kereta yg berstatus tinggi dgn harga termahal.
Kedudukan sosial dan kejayaan adalah penting bagi anda. Keluarga yg kaya, sekolah untuk org kaya, pekerjaan yg bagus, bagi anda, semua itulah yg menjadikan seseorang itu sempurna. Anda sukakan orang yg berkedudukan tinggi namun mungkin sekali dia tidak suka melayan karenah anda dan tidak peka dgn apa yg anda lakukan. Awas terhadap perkara yg anda minta kerana mungkin ia tidak membawa kepada kebahagiaan.

4. Apa-apa kereta pon boley asalkan boley jalan
Anda okey dgn sesiapa sahaja yg memenuhi standard minimum anda. Anda seorang yg terbuka, menerima seadanyanya dan pemaaf. Anda tidak berharap bahawa org lain akan memenuhi impian anda dan anda memenuhi impiannya. Anda memilih jalan yg sederhana dan mudah. Namun, jika difikirkan, anda jenis yg tidak terfikir yg anda boleh buat sesuatu yg hebat dan orang sekeliling anda juga tidak berharap apa-apa pun dari anda. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...