Remaja Cool '}

Saturday, 23 April 2011

Tanda-tanda wanita mahu menjauhi~


Hai, hari ini saya ingin berkongsikan sedikit tips cinta. Tajuknnya seperti diatas.
Sesuai dibaca smbil mendengar muzik melancholic(di bawah)…

DALAM MENJALIN HUBUNGAN, ADA KALANYA KITA GAGAL MENEMUI TITIK KESERASIAN BERSAMA PASANGAN. MUNGKIN MASALAH YANG TIMBUL JUGA MEMBUATKAN KITA MAHU MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN. BERIKUT ADALAH TANDA-TANDA WANITA MAHU MENJAUHI DIRI ANDA. KEPADA LELAKI, INI ADALAH TANDA-TANDA YANG PERLU ANDA FAHAMI.

Berpura-pura masih cinta
Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskan. Tapi ada sahaja perkara-perkara yang dibuat yang menyakiti hati anda. Dia memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.

Keluar bersama lelaki lain
Anda sudah bersiap sedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak anda keluar bersama. Alasannya sangat biasa dan hanya mahu bertemu dengan anda. Namun ketika anda dating berjumpanya, dia sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur..anda kecewa dengannya.




Tidak mahu mengaku menjali nkan hubungan
Teman-teman melihat anda keluar ke sana ke mari dengannya, selain anda sendiri mengatkan perasaan suka dan berkongsi segala rasa duka dengannya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda sahaja yang menjawab ya sedangkan dia tidak menyatakannya langsung.

Mengkritik secara terbuka
Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahu menunggunya sebagai kekasih.
Tetapi satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik di hadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia tidak dapat menerima anda lagi. Apa yang harus anda lakukan ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh dicari tetapi maruah anda jangan diperkotak-katikkan di hadapan umum.

Tidak bersuara langsung
Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan hubungan dengan anda meskipun hatinya tidak suka. Namun, jika dia melakukan protes secara senyap , itu satu petanda dia memang tidak sukakan anda lagi. Itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu susah berkomunikasi.

Terlalu emosi
Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan terlalu emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk. Wanita selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau melepaskan diri.
Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jadi awas, kalau wanita sudah sampai mengeluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tandanya dia tidak mahukan anda lagi.
Dia berusaha mencari kenalan baru dalam diam. Dia mencari kenalan baru yang lebih serasi dengannya. Ia satu alas an untuk tidak lagi bertemu dengan anda. Kalau itu yang terjadi, anda perlulah undur diri kerana dia memang tidak perlukan anda lagi.

Tidak mengangkat telefon
Kalau kali ini anda memprotes dia tidak bersuara, kali ini dia menyembunyikan diridan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau.
Minta lelaki lain belanja

Bayangkan situasi ini, teman wanita anda meminta lelaki lain belanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda.

video

p/s: tinggalkan komen anda..

3 comments:

yanae mohamad said...

betol3

azeo laxerz said...

cam da pnah buat jer~

Anonymous said...

memang xprnh ade la tnde2 ni..hua3

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...