Memandu sangat menyeronokkan bagi kebanyakan org. Setelah bersusah-payah mengambil ujian memandu hanya untuk mendapatkan lesen memandu, sudah tentulah anda akan gembira apabila kali pertama memandu kereta di jalan raya. Dengan memandu, anda boleh pergi kemana yg anda suka dan bila-bila sahaja yg anda mahukan. Ia adalah tentang kebebasan, kelajuan dan kuasa enjin. Dalam ujian kali ini, anda akan mengambil masa untuk berfikir kereta manakah yg anda impikan tanpa memikirkan soal perbelanjaan atau lain-lain perkara. Hanya kereta yg anda mahukan kerana ia akan menggambarkan diri anda dan pemilihan pasangan anda
Antara jenis kereta di bawah, yg manakah yg anda mahukan?
1. Sebuah kenderaan berprestasi tinggi dengan segala kelengkapan.
2. Reka bentuk yang mengagumkan dengan casis yg unik dan menarik.
3. Kereta yg berstatus tinggi dgn harga termahal.
4. Apa-apa kereta pon boley asalkan boley jalan
Analisis
Citarasa anda terhadap kereta menggambarkan citarasa anda terhadap kaum yg berlainan jantina. Ciri-ciri yg anda mahukan dalam kereta idaman anda menggambarkan perkara yg anda mahukan apabila mencari pasangan anda.
1. Sebuah kenderaan berprestasi tinggi dengan segala kelengkapan
Anda mahukan yg terbaik dari kereta anda dan pasangan anda, ini juga bermakna anda bersedia untuk menghargai perkara-perkara yang
baik dalam semua orang. Pelbagai
citarasa bermakna anda mungkin kelihatan sedikit tidak konsisten, anda tertarik kepada kecantikan, kebaikan, kecanggihan, jenaka membuatkan anda menilai seseorang dari segala sudut dan hanya akan membuat keputusan apabila anda betul-betul pasti bahawa dialah yg terbaik antara semua. Tetapi ingat, tiada orang yg sempurna di dunia ini dan jgnla tinggalkn pasangan anda pabila ternampak sedikit keburukan pun dari pasangan anda.
2. Reka bentuk yang mengagumkan dengan casis yg unik dan menarik.
Anda jenis menunjuk-nunjuk. Jadi kecantikan fizikal adalah segala-galanya bagi anda. Anda tidak begitu kisah tentang dalaman seseorang asalkan cantik di mata. Ini kerana anda suka menunjuk dan suka dipuji dan beranggapan pilihan anda lebih baik dari orang lain. Awas, mungkin pasangan yg anda pilih hanya cantik luaran sahaja tetapi tidak dalaman!!.
3. Kereta yg berstatus tinggi dgn harga termahal.
Kedudukan sosial dan kejayaan adalah penting bagi anda. Keluarga yg kaya, sekolah untuk org kaya, pekerjaan yg bagus, bagi anda, semua itulah yg menjadikan seseorang itu sempurna. Anda sukakan orang yg berkedudukan tinggi namun mungkin sekali dia tidak suka melayan karenah anda dan tidak peka dgn apa yg anda lakukan. Awas terhadap perkara yg anda minta kerana mungkin ia tidak membawa kepada kebahagiaan.
4. Apa-apa kereta pon boley asalkan boley jalan
Anda okey dgn sesiapa sahaja yg memenuhi standard minimum anda. Anda seorang yg terbuka, menerima seadanyanya dan pemaaf. Anda tidak berharap bahawa org lain akan memenuhi impian anda dan anda memenuhi impiannya. Anda memilih jalan yg sederhana dan mudah. Namun, jika difikirkan, anda jenis yg tidak terfikir yg anda boleh buat sesuatu yg hebat dan orang sekeliling anda juga tidak berharap apa-apa pun dari anda.
0 comments:
Post a Comment