Terdapat banyak jenis buah-buahan yang popular di serata dunia. oleh itu, penulis ingin berkongsi detik-psiko test tentang buah-buahan yang anda suka dan personaliti berdasarkan buah-buahan tersebut. kajian ini adalah tentang astrologi buah-buahan. sila pilih salah satu buah yang anda suka.
Oren Epal
Pisang Kelapa
Nenas Betik
Mangga Ceri
Anggur hitam Peach
Epal kastard Pir
OREN
Jika oren buah-buahan kegemaran anda, ia memberikan gambaran tentang orang yang sabar dan bertekad. Anda suka untuk melakukan perkara secara perlahan-lahan, tetapi dengan sangat teliti dan kerja keras. Anda cenderung untuk malu, tetapi dipercayai dan rakan yang boleh dipercayai. Anda memilih pasangan anda dengan berhati-hati dan anda cintakannya dengan sepenuh hati. Anda tidak sukakan konflik dalam perhubungan atau sesuatu perkara.
EPAL
Jika epal adalah buah-buahan kegemaran anda, anda adalah orang yang suka kemewahan dan lantang bersuara serta mempunyai sedikit kesabaran.Walaupun anda tidak dapat menguruskan diri anda dengan baik, namun anda adalah ketua pasukan yang bagus dan juga bagus dalam menggerakkan sesuatu. Anda boleh mengambil tindakan pantas dalam kebanyakan situasi.Anda suka makan angin. Anda mempunyai daya tarikan yang tersendiri apabila dengan pasangan anda.Anda mempunyai keghairahan untuk hidup, tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan orang.
Oren Epal
Pisang Kelapa
Nenas Betik
Mangga Ceri
Anggur hitam Peach
Epal kastard Pir
OREN
Jika oren buah-buahan kegemaran anda, ia memberikan gambaran tentang orang yang sabar dan bertekad. Anda suka untuk melakukan perkara secara perlahan-lahan, tetapi dengan sangat teliti dan kerja keras. Anda cenderung untuk malu, tetapi dipercayai dan rakan yang boleh dipercayai. Anda memilih pasangan anda dengan berhati-hati dan anda cintakannya dengan sepenuh hati. Anda tidak sukakan konflik dalam perhubungan atau sesuatu perkara.
EPAL
Jika epal adalah buah-buahan kegemaran anda, anda adalah orang yang suka kemewahan dan lantang bersuara serta mempunyai sedikit kesabaran.Walaupun anda tidak dapat menguruskan diri anda dengan baik, namun anda adalah ketua pasukan yang bagus dan juga bagus dalam menggerakkan sesuatu. Anda boleh mengambil tindakan pantas dalam kebanyakan situasi.Anda suka makan angin. Anda mempunyai daya tarikan yang tersendiri apabila dengan pasangan anda.Anda mempunyai keghairahan untuk hidup, tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan orang.
PISANG
Anda lembut! Penyayang, lemah lembut, hangat dan bersimpati adalah sifat semulajadi penggemar pisang. Anda kurang keyakinan diri dan agak malu-malu. Anda mengagumi pasangan anda dalam setiap perkara, sama ada mental dan fizikal mereka! Kerana cara anda, hubungan anda sentiasa sangat dalam harmoni!
KELAPA
Kelapa adalah kekasih yang serius, sangat bertimbang rasa dan suka berangan-angan. Anda suka bersosial.Anda cenderung untuk menjadi degil tetapi tidak terlalu berani. Anda seoarang yang licik, peka dan berjaga-jaga, anda akan memastikan bahawa anda betul dalam apa-apa situasi terutamanya di tempat kerja.Nasihat untuk anda, anda perlu bekerjasama dengan orang yang lebih pandai dan ingat, kesungguhan adalah penting!
NENAS
Anda cepat membuat keputusan dan lebih cepat untuk bertindak.Anda berani membuat perubahan kerjaya.Anda telah mempunyai kebolehan mengurus yang luar biasa dan tidak gentar dengan tugas yang diberikan. Anda cenderung untuk berdikari, ikhlas dan jujur dalam urusan anda dengan orang lain. Walaupun anda tidak membuat kawan dengan cepat, apabila anda berkawan, ia adalah untuk selama-lamanya. Anda jarang sekali bersikap romantik. Pasangan anda sering kecewa dengan keupayaan anda untuk menunjukkan kasih sayang.
BETIK
Anda seorang yang berani! Anda . Anda berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Anda pandai melawak dan sering membuatkan orang suka dengan sikap murah hati anda. Anda rajin dan giat dalam kehidupan profesional anda, dan anda juga pandai berfikir untuk berada di tempat yang betul pada masa yang tepat. Anda suka bertemu dengan orang baru dan melihat tempat baru. Sikap anda yang pandai ambil hati oranglah yang menarik orang untuk sukai anda.
MANGGA
Mangga mempunyai personaliti yang disegani,seringkali seseorang yang mempunyai idea yang tetap, dan mempengaruhi anda bukan satu tugas yang mudah. Anda seorang pelampau dalam menyukai dan tidak suka. Sekali-sekala, anda suka mengawal keadaan. Anda suka terlibat dalam sesuatu yang mencabar kebolehan mental anda. Anda seorang yang kuat dari segi mental namun anda bertindak seperti anak kucing apabila dengan pasangan anda.
CERI
Jika ceri buah kegemaran anda, kehidupan tidak sentiasa manis untuk anda. Anda sering menghadapi kejayaan dan kegagalan Anda suka berimaginasi dan sering terlibat dalam usaha-usaha yang kreatif. Anda adalah rakan kongsi yang sangat ikhlas dan setia, tetapi mendapati bahawa meluahkan perasaan anda tidak semudah yang anda sangka. Rumah anda adalah syurga anda kerana anda suka berdampingan dengan keluarga anda.
ANGGUR HITAM
Anda adalah orang yang sopan, tetapi mempunyai cepat marah, namun marah anda juga cepat sejuk. Anda sukakan keindahan dalam pelbagai bentuk, termasuk orang yang cantik. Anda sangat popular kerana sifat anda yang memberikan keselesaan kepada orang lain disamping anda suka berkawan. Anda akan menikmati segala yang anda lakukan,dari cara yang anda berpakaian, gaya anda dan kehidupan harian anda.
PEACH
Seperti buah pic, anda menikmati kehidupan. Anda jenis yang ramah, dan cukup berterus terang serta lantang bersuara. Anda cepat untuk memaafkan dan melupakan kesalahan dan menghargai nilai persahabatan anda. Anda bercita-cita tinggi, ini membuatkan anda rajin berusaha. Anda adalah kekasih yang ideal, bersungguh-sungguh dalam bercinta, ikhlas dan setia. Walaubagaimanapun, anda tidak suka menonjolkan perasaan anda.
EPAL KASTARD
Anda adalah orang yang sederhana dan konservatif tetapi agak sensitif pada masa-masa tertentu. Anda seorang yang bertimbang rasa dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Anda agak bercita-cita tinggi dan bagus dalam perkara yang memerlukan keperincian atau bekerja dengan nombor. Anda cepat mencari kesalahan orang lain! Ketika mencari rakan kongsi, anda akan nilai kepandaian mereka dan bukannya kesungguhan atau sikap mereka. Anda agak malu dan tidak selesa menunjukkan kasih sayang.
PIR
Anda jenis yang malas dan mempunyai masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara yang anda mulakan. namu, jika anda bersungguh-sungguh, anda dapat lakukannya. anda juga jenis yang ingin tahu kesan dari penat lelah anda dengan cepat. Bersabarlah! anda sukakan perkara yang merangsang pemikiran anda dan sukakan perbincangan yang bagus.
2 comments:
aku sentiasa mencari psiko test coz ak nk tahu kelemahan ak scra x lgsg...wlaupun da tw, n ak akan cbe jd lebih baik...tp klu stkat wt psiko-test sorang2, x best la, so ak kongsikan test ni...kbyakan lam bi, ak translate...~
suke oren!! hehehe
Post a Comment