Maaflah kalian semua. Lama x online disebabkan masalah-masalah tertentu. Kali ini saya bongkarkan pula rahsia lelaki menguji wanita. Ni memang sangat sesuai lah kalau wanita yang baca.
Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Tidak dinafikan, lelaki mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
1. Adakah si dia materialistik?
Sering menjadi persoalan kebanyakan kaumlelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
mereka sengaja memberikan hadiah yang murah ataupun hadiah yang x mengeluarkan sebarang wang untuk menguji anda. Kebanyakan wanita akan selalu bertanya harga hadiah tersebut dan tempat hadiah tersebut dibeli. Jika wanita itu menerima hadiah tersebut dengan hati yg terbuka dan tidak banyak soal, dia akan lulus ujian lelaki tersebut.lagipun, pemberian seseorang yg disayangi sangat berharga pada diri kita x kira lah berapa pun harga di pasaran. Mereka suka menilai pemikiran wanita.
Mengajak menikmati hidangan yang murah
lelaki sangat simple. Mereka sukakan makanan yang simple. Mereka juga suka menguji wanita dari aspek makanan. Mereka akan mengajak tman wanita untuk makan di kedai yang murah. Jika anda menolak disebabkan hidangan yang murah, anda gagal ujian tersebut. Sebaliknya, jika anda menerima ajakannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera, anda lulus.mereka hanya ingin menilai, sejauh mana anda hargai masa untuk bersama x kira walau dalam keadaan apa sekalipun.
2. Menguji tahap cemburu
Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu teman wanitanya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
lelaki suka menceritakan tentang bekas teman wanitanya. Apabila anda muram dan banyak bertanyakan tentang bekas teman wanitanya, bermakna kepercayaan anda terhadapnya masih rendah. Sekiranya anda senyum dan memuji bekas teman wanitanya dan merendah diri, maka itu tandanya anda sangat percayakannya. Lelaki suka wanita yang begini.
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
jika anda marah dan tidak membenarkan dia menelefon mana-mana perempuan, maka bagi lelaki, anda terlalu mementingkan diri sendiri. Jika anda tenang dan bertindak seolah-olah itu bukanlah masalah yg besar. Maka anda lah wanita yang rasional
3. Hubungan bekas teman lelaki
Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
jika anda mengetahui khabar bekas lelaki anda, ini bermakna anda sering menghubungi bekas lelaki anda. Lelaki lebih suka jika anda x ambil tahu tentang lelaki lain lebih lebih lagi bekas teman lelaki.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
jika anda mengutuk bekas lelaki anda, maka anda adalah jenis yang talam dua muka. X kira sesiapa pon, lelaki lebih suka wanita yang x bersangka buruk
4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaandaripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
anda perlulah sentiasa menghubungi si dia walau ke mana pun dia pergi. Ini kerana lelaki suka jika wanita yg disukainya ambil tahu tentang dirinya
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
jika anda melayan temannya atau keluar bersama temannya, bermakna anda suka menduakan lelaki. Anda jenis yang x setia dan perhubungan anda xkan kekal lama.
Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudara xxs di Forum Tentang Cinta.
p/s; dulu pon lebih kurang camni la ak uji die...sorry~
0 comments:
Post a Comment