Anda Kecewa dengan sesuatu? Setiap orang pasti pernah merasai kecewa. Sy juga pernah merasai kecewa. Bila sesuatu perkara itu berlaku tidak seperti yang kita harapkan, ia menjadi lebih teruk, maka kita akan kecewa. Antara 3 punca utama kecewa adalah keluarga, percintaan, dan akademik.
Kita tidak boleh membiarkan perasaan kecewa ini membelenggu kita. Kita perlu atasinya! Kita juga perlulah mengatasi kecewa dengan cara yang bijak. Berikut adalah contoh cara-cara orang mengatasi kecewa dengan tidak bijak dan contoh cara-cara mengatasi kecewa dengan bijak.
Cara Atasi Kecewa(Mereka yang Mengatasi kecewa dengan salah)
1. Makan banyak-banyak
Cara ini sangat salah kerana cara ini akan membuatkan anda bertambah sedih. Anda hanya akan lupakan kekecewaan anda dengan sekejap sahaja, apabila anda teringat semula kekecewaan anda, anda akan terus makan dan makan. Biasanya orang yang mengamalkan cara ini adalah orang yang lebih berat badan. Apabila ada orang mengungkit kembali perkara tersebut, anda akan kecewa kembali dan proses yang sama akan berulang sehinggalah anda obesiti!
2. Berada di Tempat yang Tersembunyi
Ramai juga yang mengamalkan cara ini. Apabila sedih, mereka ini akan mencari satu tempat di mana tiada orang yang dapat mengganggu mereka. Mereka akan berfikir panjang dan menangis. Mereka jenis yang sukar menerima kenyataan. Mereka akan sentiasa muram walaupun selepas menyembunyikan diri. Mereka susah untuk senyum kembali selagi masih ada orang yang mengingatkan mereka terhadap kekecewaan mereka
3. Tidak makan?
Ada juga orang yang langsung tidak makan dan minum apabila kecewa. Mereka hilang selera makan walaupun mereka lapar. Kadang-kadang boleh sampai 2-3 hari mereka tidak makan. Selalunya mereka akan jatuh sakit dan demam kerana kurang minum air. Mereka jenis yang tidak pedulikan badan sendiri. Apabila ada saja orang yang mengungkit perkara itu, selera mereka akan hilang. Selagi mereka tidak lupakan kekecewaan mereka, selera mereka akan hilang. Bertambah kering kalau amalkan begini!
4. Menyalahkan orang lain
Sesetengah orang suka menyalahkan orang lain terhadap perkara buruk yang menimpa mereka. Mereka susah untuk menerima kenyataan terutamanya apabila mereka sudahpun berusaha bersungguh-sungguh dan yakin dengan prestasi mereka, tetapi mereka masih tidak dapat apa yang mereka inginkan. Mereka akan menyalahkan orang yang terlibat dan memarahi orang tersebut. Kadang2 pergaduhan juga berlaku dan biasanya perang mulutlah yang sentiasa terjadi.
5. Termenung
Ada juga orang yang berbuat begini secara tidak sedar. Mereka akan termenung dan biasanya mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka renungkan sehinggalah ada orang yang mengungkit perkara yang membuat mereka kecewa. Mereka akan sentiasa diam dan tidak menunjukkan kekecewaan mereka secara umum. Apabila mereka senyum, kita tentu perasan bahawa senyuman mereka itu adalah palsu. Mereka juga kerap menangis apabila berseorangan
Adakah anda mengamalkan cara diatas untuk mengatasi kecewa anda? Maka percayalah anda akan kalah dengan kecewa anda. Itu bukannya cara yang betul kerana cara diatas membuatkan diri kita bertambah sedih. Kita juga memudaratkan diri kita sendiri. Di bawah ini adalah antara cara yang betul menghadapi kecewa:
Cara Mengatasi Kecewa(Cara Yang Bagus)
1. Menerima Kenyataan
Kita perlulah menerima kenyataan bahawa perkara tersebut telah pun berlaku. Tidak senang untuk terima kenyataan tetapi berilah masa kepada diri anda untuk menerima kenyataan. Perlulah cepat dalam menerimanya. Buka hati kita dan cubalah untuk berfikir secara positif.
2. Berfikir Secara Positif
Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Mungkin kita masih tidak nampak hikmah tersebut tetapi percayalah, lama-kelamaan akan ada hikmahnya. Cuma anda perasan ataupun tidak saja. Mungkin apa yang kita dapat adalah yang terbaik untuk kita atau mungkin belum masanya. Pendek kata, janganlah sedihkan diri dengan fikiran yang negatif tetapi pujuklah diri dengan berfikir secara positif.
3. Luahkan Perasaan
Jangan pendam saja apa yang anda rasa. Luahkannya kepada keluarga anda atau kawan anda atau orang yang dekat dengan anda. Kalau anda mahu menangis, menangislah di depan mereka. Sekurang-kurangnya mereka ada disamping anda. Dengan cara ini, anda akan berasa lebih lega dan bersemangat. Kawan anda juga akan sentiasa memberikan pendapat dan kata-kata semangat pada anda. Tapi jangan la cari orang yang suka keruhkan lagi keadaan!
4. Terus Maju Ke Depan
Kita tidak seharusnya menjadikan perkara yang berlaku itu penghalang bagi kita untuk maju ke depan. Jikalau anda rasakan bahawa anda layak untuk dapat yang terbaik, maka anda perlu buktikan dengan usaha anda. Jika anda rasakan bahawa anda telahpun berusaha namun masih tidak dapat sesuatu yang anda mahukan, mungkin usaha anda itu masih belum cukup. Pendek kata, jadikan perkara yang berlaku sebagai satu titik untuk kita terus maju ke hadapan!
0 comments:
Post a Comment