Remaja Cool '}

Wednesday, 20 April 2011

mengejar pelangi #1










Bila hati merasai sesuatu, kita akan memikirkannya…
Bila dekat terasa jauh. Hati mulai gelisah.

Aku mengejar dia dari jauh sedang dia dekat denganku. Aku memanggil namanya dalam diam…tak mahu didengarnya. Aku memalingkan mukaku darinya, tak mahu memandangnya sedang hati terlalu ingat padanya. Aku suka dia tapi siapalah aku padanya. Dia sang pelangi  yang tak mampu ku capai, tak mampu ku sentuh. Aku hanya mampu memlihatnya, alunan warna yang memberi erti padaku.

semua berkata, menyebut dan menghuraikan kecantikannya, cemerlang parasnya dan sentiasa menyerlah. Warnanya memberi inspirasi pada semua, sinarnya bagai menyentuh hati kecil semua. Aku hanya mampu memandang dan tak mampu mencapai. Duhai pelangi, aku ingin dekat denganmu.

Banyak yang terpegun dengannya. Banyak juga yang cuba dekatinya. Dia si mesra, senyuman pelangi menyejukkan jiwa. Aku ingin dekat dengannya dan aku cuba dekatinya. Namun, dia senang hilang. Tatkala titisan hujan yang lembut tak lagi dirasai, dia hilang perlahan. Dia pergi lagi dan aku tunggu lagi. Dia tidak mampu mengekalkan wujudnya sedang aku sentiasa ada menantinya.

aku terus menunggu sendirian. bila malam menjelma, aku melangkah pulang ke rumah menanti esok yang belum tentu ada. bintang memerhati aku. mungkin dia terasa betapa rindunya hatiku pada sang pelangi.

bintang: wahai pemuda, kenapa hatimu sedih?
aku: bintang, lama ku kenal pada sang pelangi. lama juga ku menantinya.
bintang: pemuda, hatimu gelisah. pergilah ke gunung awan mencari awan. tanyalah khabar sang pelangi.
aku: wahai bintang, sungguh baik dirimu, namun aku tak tahu di mana gunung awan.
bintang: pemuda, aku ada untuk menemanimu sepanjang masa. aku turun menemanimu

bintang turun menemaniku, aku terpegun melihatnya. bintang juga sangat cantik. namun hatiku tetap pada sang pelangi. pelangi yang tak pernah ada bila aku perlukannya. pelangi yang sentiasa membuat hatiku gelisah. aku perlu dapatkan pelangi itu. menghilangkan gelisah di hati dan mewarnai hidupku sekali lagi. bintang menemaniku, memberi cahaya dalam gelapku. walaupun cahayanya tidak secantik warna pelangi, namun ia cukup menenangkan hatiku.



to be continue...

info  merah: Kegembiraan, tenaga, ghairah, cinta, keinginan, kelajuan, kekuatan, kekuasaan, peentingkan diri, agresif, bahaya, panas baran, kekerasan, segala sesuatu yang mendalam dan penuh ghairah

warna 2: kenangan

p/s: please leave ur comment~





3 comments:

yanae mohamad said...

pelangi itu indah.
keindahan itu sentiasa tersembunyi.
kerana harga sebuah keindahan terlalu mahal :)

fatin zulaika said...

pelangi..bintang..sang bulan..;)

azeo laxerz said...

siri #2 akn kluar mlam ni jm 12.00 mlam~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...