Remaja Cool '}

Monday, 25 April 2011

mengejar pelangi #2


sesuai dibaca smbil dgar lgu dibawah~


Aku bertolak ke gunung awan. Bintang menemaniku. Perjalanan itu cukup jauh namun bagiku ia akan berbaloi sekiranya aku bertemu dengan pelangi. Terkadang, hati kecilku bertanya, kenapa bintang sanggup menolongku? Apa yang ada padaku sehingga bintang yang secantik itu sanggup menemaniku, memberi arah padaku dan menenangkan hatiku? Namun ku pendamkan saja pertanyaan itu kerna ku tahu aku perlu mencari pelangiku.

Aku menceritakan padanya kali pertama ku lihat pelangi, aku terpegun. Aku ceritakan detik aku bersama pelangi. Waktu ku kecil dulu, pelangi selalu menemaniku bermain. Kami berpegangan tangan dibuai hari yang seolah-olah cepat berlalu. Bila hampir senja, dia perlahan menghilangkan diri. Bila hari tidak lagi hujan, dia juga tidak lagi kelihatan seolah-olah panas mentari itu musuhnya.

Tatkala selepas hujan, dia selalu bersamaku, ketawa denganku dan riang bersamaku. Kehadirannya memberi sejuta warna padaku. Warnanya mewarnai hidupku. Namun hari yang lalu itu tinggal kenangan. Aku mula mencarinya setelah kehilangannya. Dia menghilangkan diri lagi dan tak lagi kelihatan, walaupun selepas hujan menitis. Sejak itu, aku mencarinya dan terus mencari. Terkadang, ku melihatnya di utara dan terus ku  kesana. Terkadang aku ternampaknya di selatan dan aku kesana. Baru-baru ini ku dengar dia kerap munculkan diri di Kota Cahaya dan aku menuju kesana. Aku membina rumahku di kaki gunung cahaya. Menunggunya muncul, terasa pedih. Terasa rindu dan kosong hatiku.

Bintang enak dengari ceritaku. Diam dan tekun mendengarku. Senyumannya buat aku tersenyum menyebabkan aku berhenti menceritakan tentang pelangi. Aku cuba beranikan diri bertanya bintang.

Aku: wahai bintang, berapa jauh lagi kita akan sampai ke gunung awan?
Bintang: masa masih panjang, pemuda.
Aku: wahai bintang, kenapa engkau sanggup menemaniku dan menolongku, sedang aku tidak pedulikan cahayamu?
Bintang: impianku adalah untuk mengembara tapi ku x tahu mulakan dari mana. Aku lihatmu dan aku tahu titik permulaan pengembaraanmu. Aku mahu jadi sebahagian dari pengembaraanmu.
Kami teruskan perjalanan. Gunung awan telah kelihatan. Sungguh indah gunung itu dikeklilingi awan. Kami teruskan lagi menuju ke puncak gunung awan.



To be continue….
Info oren: "Orange is the happiest color."…warna oren melambangkan tenaga, keseimbangan, keghairahan, kehangatan, semangat, fokus dan kegembiraan. Biasanya orang yg meminati wrna oren adalh org yg ceria dan sentiasa bersemangat


warna 1: permulaan

video
original story by: azeo laxerz
illustration by: azeo laxerz


p/s: please leave ur comment~

1 comments:

azeo laxerz said...

warna 2(siri 2) ni x best sgat...nmun, nantikan kmunculan warna 3 yg ckup best...
mayb pd 1 mei 2011~
slamat membaca~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...