Remaja Cool '}

Sunday, 25 December 2011

Adakah Anda Mudah Merajuk?


Sekarang, mari pula kita menguji sama ada diri kita mudah merajuk ataupun tidak dengan ujian ini..
Bayangkan anda adalah seorang penyiasat peribadi. Pada suatu hari anda ditugaskan untuk mengekori seseorang untuk mengumpul bukti. Pada pendapat anda, perkara apa paling penting?
A. Tangkap gambar dengan kamera.
B. Gunakan perakam suara untuk merakam perbualan.
C. Menyamar diri agar tidak dikesan.
D. Gaulkan diri dalam kehidupan sehariannya.

Analisis:
A. Indeks merajuk 60%
Anda adalah seorang yang rasional. Sekiranya anda mempunyai bukti yang kukuh, anda pasti akan bergaduh dan menyalahkan pihak lawan tanpa memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan. Tapi ingat, berilah peluang kepada pihak lawan sebab anda masih memerlukan kawan ini, ok?
B. Indeks merajuk 40%
Walaupun anda mempunyai bukti yang kukuh, tetapi anda tidak secara terus menyoalnya. Anda akan menyampaikan mesej anda kepadanya denga cara yang tersirat. Namun, kelak anda pasti akan mencampur adukkan semua perkara yang pernah berlaku dan mengamuk dengannya.
C. Indeks merajuk 70%
Anda suka memerhatikan tingkah laku org ramai. Anda akan mengumpul kesilapan yang mereka lakukan. Jadi, apabila anda merajuk, anda sukar kemukankan kesilapan mereka. mereka akan menganggap anda merajuk tak tentu pasal.
D. Indeks merajuk 80%
Anda adalah seorg yg mudah merajuk. Tapi org di sekeliling anda tidak merasainya. Inilah punca yang menambahkan lagi kemarahan anda. Kawan anda anggap anda adalah seorang yg sukar dilayan dan meninggalkan anda.


p/s: Jangan mudah merajuk. sentiasa beristighfar bila anda marah.~

2 comments:

arahida said...

haha. c. senget!

azeo laxerz said...

mg meme kuat mrajuk~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...