Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda? Setiap orang pasti mempunyai kepuasaan dan kekecewaan dalam hidupnya. Bagaimanakah anda menghadapi kehidupan?
Mari lihat sama ada anda berpuas hati ataupun tidak dengan kehidupan anda melalui ujian ini.
Semasa harijadi anda, anda diberi sepasang sayap oleh malaikat. Tempat apakah yang anda ingin pergi ketika itu?
A. Terbang ke atas bangunan tinggi untuk melihat pemandangan malam
B. Terbang di atas lautan mendengar bunyi ombak
C. Terbang ke dalam hutan tebal untuk main sorok-sorok.
Analisis:
A.
Anda mengharapkan anda akan berjaya pada suatu hari nanti. Anda ingin disanjungi dalam kerjaya anda. Jika mahu impian ini menjadi kenyataan, maka anda perlu berusaha bersungguh-sungguh.
B.
Adakah kebelakangan ini diri merasa menghadapi pelbagai masalah. Setiap perkara tidak dapat dilakukan dengan baik dan mengalami kekalahan. Anda penat, jadi berehatlah seketika untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang ini.
C.
anda berpuas hati dengan kehidupan anda. Tak kira dari segi kerjaya, pelajaran, percintaan, ataupun dari segi kewangan. Tapi kena ingat, jangan terlalu gembira sampai lupa diri.
p/s: bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan berusahalah untuk dapatkan apa yang kita mahu. Sesuatu perkara yang kita mahukan, kita perlu berusaha untuk dapatkannya. Selalu lah ucap Alhamdulillah~
0 comments:
Post a Comment