Remaja Cool '}

Saturday 15 October 2011

Adakah Anda Pemimpin Yg Bagus?



Hahaha..nampaknye sekarang aktiviti kat U mkin banyak. Bagus2x…sebenarnya sebarang aktiviti atau organisasi, tentulah ada orang tertentu yang mainkan peranan. Jadi, setelah buat kajian sikit, maka inilah konklusi yg dibuat. Antara pemimpin yg bagus dan peminpin yg x bagus. 

Seperti yg kita tahu, setiap organisasi pasti x terlepas dari masalah dalaman, x kira besar atau kecil. Ini kerana masalah itulah yg mampu membuatkan sesuatu organisasi makin kukuh ataupun mkin teruk. Apapun, organisasi yg mengambil iktibar dari kesilapan, pasti akan terus maju ke depan. Organisasi yg ulang kesilapan pula akan jatuh. Apapun, setiap insan tentulah ada ciri2 kepimpinan. Sama ada ia bagus ataupun x, ia bergantung pada personality dan cara pemimpin atasi masalah. Article ini akan mendedahkan  pemimpin yg bagus dan pemimpin yg x bagus kebanyakannya berdasarkan Robert D. Pettiford

Peminpin Bagus(PB)
Pemimpin X Bagus(PTB)

Semangat Selepas Perjumpaan
-apabila selesai meeting dengan PTB, kamu selaku orang bawahan ataupun kumpulan yg diketuainya akan terasa letih dan x bermaya. Kamu hilang semangat untuk melakukan aktiviti yg berkaitan. Ini mungkin kerana PTB mengungkitkan perkara yg x perlu ataupun perkara yg menyinggung perasaan ahli2 kumpulan yg laen.
-berbeza dengan PB, kamu akan rasa bertambah bersemangat untuk terus berkhidmat dan melakukan aktiviti yg akan datang

Aktiviti? Maklumat?
-PTB slalu memberikan maklumat atau tugas pada saat-saat akhir. PTB gemar memberikan maklumat pada ahli yg rapat sahaja dan sering memberikan maklumat pada ahli laen pada saat-saat akhir. kadang-kadang, PTB lupe memberitahu pada ahli yg laen.
-PB pula lebih suka menyebarkan maklumat pada semua ahli. PB akan memastikan semua ahli tahu maklumat tersebut. PB akan merancang terlebih dahulu sebelum aktiviti dan memberitahu lebih awal kepada semua yang terlibat.

Tuding Jari??
-PTB gemar menuding jari pada orang laen. PTB suka menyalahkan orang bawahan dan mengata mereka x kira di depan atau belakang mereka. Mereka gemar senyum sinis dalam perjumpaan dan mengata dalam hati mereka.
-PB pula lebih gemar menyelesaikan masalah bersama-sama dan tidak suka menyalahkan orang lain termasuklah diri sendiri. PB akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah bersama. Prinsip mereka, “Tuding jari xkan menyelesaikan masalah”. Mereka juga selalu tersenyum manis dalam meeting dan mengganggap apa pun mampu diselesaikan sekiranya bekerjasama.

Kedatangan Dalam Perjumpaan
-PTB slalu lewat dalam perjumpaan yg dia sendiri aturkan. Kadang2 PTB x datang perjumpaan yg dia buat atas alasan yg x kukuh ataupun alas an peribadi.
-PB pula gemar datang lebih awal dalam perjumpaan. Mereka xkan aturkan perjumpaan yg mereka xdapat hadir. PT berpegang pada kod PB iaitu “sekiranya ketua sendiri x boleh, apatah lagi org bawah”

Membuat Keputusan
-PTB selalu meletakkan diri mereka, emosi mereka dan pendapat mereka terlebih dahulu daripada org lain. Mereka suka membuat keputusan tanpa berbincang dengan ahli kumpulan terlebih dahulu. Mereka suka mengamalkan sistem autokrasi dimana PTBlah yg mengawal ahli kumpulan. PTB slalu membuat keputusan yg mendatangkan ketidakpuas hati org bawahan.PTB beranggapan bahawa merekalah yg membentuk kumpulan.
-berbeza dengan PB, PB meletakkan pendapat, emosi, dan diri mereka di tempat yg terakhir dan mendahulukan pendapat ahli kumpulan. PB selalu berbincang dengan ahli kumpulan tentang apa2 pun yg berkaitan dan tidak akan membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu. PB gemarkan demokrasi dan tidak suka mengawal kumpulan. PB suka menjadi sebahagian daripada kumpulan dan bukannya entity yg berasingan.

Kemajuan?? Memajukan diri?
-PTB lebih suka memajukan diri sendiri. Bagi mereka, kepimpinan yg bagus terbentuk dari pemimpin itu sendiri.
-PB pula lebih gemar memajukan ahli kumpulan kerana bagi PB, kepimpinan yg bagus terbentuk dari pemimpin dan ahlinya. PB akan bersama sama memajukan diri sendiri dan orang lain.

Apa Yg Kamu Fikir?
-PTB mahukan org bawahan tahu apa yg dia fikirkan dan mahukan org bawahan “follow” mereka.  Perkara ini sering terjadi dalam organisasi. Makin besar organisasi, makin besarlah masalah ini. PTB mahukan org bawahan memahami mereka tanpa banyak soal.
-PB pula berkomunikasi dengan apa yg org bawahan fikirkan. PB juga mahukan org bawahan memahaminya tetapi PB juga ingin memahami pemikiran mereka. PB berpegang pd kod PB iaitu” sebelum mahu org lain memahami kita, kita perlu memahami org lain dulu”.


Apa-apa pun, kepimpinan yg baik terhasil daripada setiap individu dalam sesebuah organisasi dan bukannya hanya sebahagian sahaja. PTB slalu membuat keputusan yg mendatangkan ketidakpuas hati org bawahan. Sekiranya terdapat sebahagian kecil daripada ahli kumpulan yg keluar daripada kumpulan kerana tidak sukakan kepimpinan PTB tersebut, ini bermakna sebahagian besar ahli kumpulan tidak puas hati dengan pemimpin mereka dan hanya memendam sahaja.
Walaubagaimanapun, x siapa yg sempurna di dunia ini. Masing-masing ada kelemahan sendiri. Sekiranya seorang , susah utk atasi kelemahan. Tetapi, sekiranya lebih ramai orang, maka kelemahan dapat diatasi dengan mudah. 

p/s: Artikle ini berdasarkan Robert D. Pettiford, MBA, RD Pettiford Consultant dan berdasarkan buku "The Black Book for Entrepreneurs"

3 comments:

arahida said...

susah nk cari sorang PB..
tp aku yakin, mereka still ada

azeo laxerz said...

ak bukn PB, ak jugak bukan PTB...ak x ase pon yg ak pemimpin sbb ak x buat pape pon~

arahida said...

bendo tu kea atas masing2, either dyo nak jadik atau x..tapi kea, aku ase ore trtntu jah dpt jadik pemimpin yg baik..supo presiden asrama kito dulu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...