Remaja Cool '}

Tuesday 3 May 2011

Tingkah Laku Orang Berbohong

Skang ni, meh kita mengungkai rahsia orang yang berbohong plak...

sperti yg kita tw..bohong ni berdosa...tp knape still berbohong? ...sbab nk dosa la kot...
kita sebagai manusia ni kne sentiasa jjur, kalau x nak berbohong, cara yg paling bagus adalah berdiam diri. cuba kita fikirkan kalau dunia ni x ada pembohongan langsung...mesti dunia ni aman kan? xkan ada jenayah, perang dan sesuatu yang buruk..Allah SWT suka pada kejujuran. Walau bagaimanapon, kita still boleh elakkan penipuan darripada org lain...berikut adalah antara tanda-tanda orang berbohong...

1) Kerap Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememamangnya sakit resdung! Ahaks..




2) Menutup mulut

Ada sesetengah orang tidak perasan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik( bukan tindak balas kimia)  yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Tapi jangan pula tersalah dengan orang yang tutup mlut sbb mulut berbau...hehehe~


3) Gagap

Biasanya seseorang yang slalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


4) Pergerakan mata

Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. tapi janganla pandang mata die spanjag mse...cuak lak~


5) Melengah-lengahkan jawapan

Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong. nak ambil masa untuk fikir ayat sterusnya~


6) Resah

Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. kalau lain dari yang lain, pelik sikit...hah, ye la tu..dia  berbohong la tu...kecuali kalau ad something happen kat die, sbab tu die cam pelik cket...tapi, jangan terlalu mudah mengatakan yg seseorg tu berbohong,,,siasat dulu lpas dpat tanda yg die brbohong~






Al Quran (24) An Nuur : Ayat 14
Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. (QS. 24:14)

p/s: please leave ur comment~

2 comments:

Anonymous said...

nice entry..tp lg trtarik ng gmbr 3awang kt ats tu.hehe

~RizaL~ said...

perkongsian menarik.. =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...