Remaja Cool '}

Monday, 30 May 2011

Adakah anda talam dua muka???


Haa..kali ni sy ada satu lagi jenis soalan yg diadaptasi dari buku arena komik tahun2 yg lepas2. mari kita menguji diri kita. Adakah anda bersikap talam dua muka apabila di hadapan org lain? Di hadapan, anda berbaik-baik dengan dia tetapi di belakang anda mengutuk-ngutuk si dia? Adakah hidup sedemikian lebih menarik? Mari menguji. Biarlah diri anda sendiri beritahu diri anda adakah anda talam dua muka.

Soalan 1: pakaian apakah yg anda akan pakai apabila anda keluar membeli surat khabar?

A: salin pakaian yg anda pakai apabila anda keluar rumah….....................2 markah
B: terus keluar rumah tanpa bersalin….....................................................1 markah
C: tukar seluar panjang sebab lebih sopan berbanding seluar pendek…....3 markah
D: malas nak keluar memandangkan kena tukar pakaian…......................4 markah

Soalan 2: berapa lamakah anda menukar nama di yahoo messenger/ MSN?

A: apabila teringin nak keluar, terus saja tukar…....................................3 markah
B: setiap hari pasti akan tukar…............................................................4 markah
C: x pernah tukar kerana bimbang teman lain lupa ID saya….................1 markah
D: hanya tukar apabila mempunyai perasaan…......................................2 markah

Soalan 3: di manakah anda akan tinggal apabila ke luar Negara?

A: berikhtiar tinggal di rumah kawan…...........................................3 markah
B: tinggal di hotel 5 bintang….........................................................4 markah
C: tinggal di motel murahan…........................................................2 markah
D: tinggal di hotel biasa…..............................................................1 markah

Soalan 4: apakah yg harus anda lakukan apabila terpaksa bekerja di bawah seorg rakan sekerja yg sukar utk berkomunikasi?

A: membuat keputusan utk segala-galanya krn malas berkomunikasi dengannya…............3 markah
B: buat semua kerja seorg diri….....................................................................................1 markah
C: cuba berkomunikasi dengannya dan cari alternative utk bekerja bersama-sama….......2 markah
D: terus laporkan kepada pihak atasan dan minta penukaran pekerja…..........................4 markah

Analisis:
4-6 markah: indeks talam dua muka 30%
Anda seorg yg teurs terang. Anda akan bercakap apa sahaja yg ada dalam fikiran anda. Org yg telah lama mengenali anda tahu akan budi bicara anda. Tapi dengan org yg pertama kali jumpa, lebih baik anda kawal sikit.

7-9 markah: indeks talam dua muka 60%
Anda seorg yg bijak. Anda tahu bila masanya utk menunjukkan sikap diri anda yg sebenar pada masa yg sesuai. Tapi ingat, jangan keterlaluan! Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Anda bukan sahaja dapat membantu org lain, malah dapat meningkatkan imej diri sendiri.

10-12 markah: indeks talam dua muka 80%
Kebanyakan org beranggapan anda adalah talam dua muka. Sebenarnya, anda bukanlah sengaja berbuat demikian. Anda melakukannya secara semula jadi. Di nasihatkan supaya anda mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, maka bolehlah anda menghadapi keadaan.

13-16 markah: indeks talam dua muka 99%
Anda mungkin mempunyai EQ yg terlalu tinggi dan terlalu beremosi! Emosi anda bertukar dengan sangat pantas sehingga org lain pun terperanjat dengannya. Tapi anda perlu berjaga-jaga dengan perasaan sendiri. Jangan terlalu entingkan diri sendiri sehingga berlaku perkara yg tidak diingini.

lagi di detik-pelangi.blogspot.com "adakah-anda-seorg-yg-jahat??~"

1 comments:

azeo laxerz said...

sy 60% talam dua muka...well...not bad~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...