Kali ini mari kita menguji sejauh mana anda menilai orang lain dari luaran semata-mata
Cuba bayangkan apa akn jadi kalau anda adalah seorang penyanyi dengan rekod jualan album anda adalah antara yg terlaris. Media sentiasa mengikuti anda dn anda mempunyai peminat yg ramai. Lagu yg anda nyanyikan disiarkn di radio, tv, dan ramai org yg sukakan lagu anda. Satu kepuasan bagi anda apabila penat lelah anda, nyanyian anda dibalas dengan senyuman dan sorakan yg gemuruh.
Sekarag, bayangkan anda adalah seorang penyanyi dan baru sahaja selesai penggambaran album CD pertama anda. Sekarang, apa yg belum selesai adalah rekaan muka depan album. Rekaan album jenis manakah yg anda pilih?
1. Pemandangan yg indah dan tenang yg diambil dari lokasi yg eksotik
2. Gambar karton yg menarik atau sesuatu yg menyeronokkan
3. Corak abstrak tanpa makna yg jelas tetapi membuat seseorang berfikir sejenak tentang makna disebalik gambar
4. Gambar anda sendiri dengan gaya yg menarik
Analisis:
Idea tentang album anda secara psikologikal memberi gambaran mengenai penilaian anda terhadap diri sendiri. Rekaan yg anda mahukan dalam album CD anda adalah berkait dengan aspek personaliti yg anda tunjukkn pada luaran. Dengan erti kata lain, anda mahu mereka pandang anda sebagai seorang yg bagaimana.
1. Pemandangan yg indah dan tenang yg diambil dari lokasi yg eksotik
Anda
melihat diri anda sebagai seorang yang penyayang yang sentiasa tersenyum dan bercakap baek. Anda ambil berat tentang orang lain. Tetapi bagi org lain, anda seolah-olah meletakkan dinding di sekeliling anda yg membuat org lain susah untuk mengenali anda, dan seolah-olah rasa ambil berat anda tidak ikhlas. Jika anda tidak berhati-hati dan menunjukkan apa yg anda rasa, org tidak akan akan tahu lagi apa yg anda fikirkan.
2. Gambar karton yg menarik atau sesuatu yg menyeronokkan
Anda pandai bergaul, suka bercakap, dan menyeronokkn. Dan anda tahu itu. Tetapi
orang lain melihat anda sebagai tidak boleh diharap, banyak ragam dan kadang-kadang berlebihan. Mampu membuatkan orang ketawa adalah bagus namun itu jika mereka ketawa bersama anda dan bukannya ketawakan anda.
3. Corak abstrak tanpa makna yg jelas tetapi membuat seseorang berfikir sejenak tentang makna disebalik gambar
Anda bersungguh-sungguh menunjukkan kreativiti dan bakat anda kepada semua. Mungkin anda mempunyai bakat tetapi anda perlu ingat bahawa orang lain juga mempunyai bakat tersendiri!. Cara syg betul untuk anda menyerlah adalah untuk menerima dan bekerja bersama-sama. Jika tidak, anda mengambil risiko dilihat sebagai org asing. Keaslian anda memang penting namun jgn smpai orang lain melihat anda sebagai gila aneh!
4. Gambar anda sendiri dengan gaya yg menarik
Anda
mengambil pendekatan mudah, berkata "Ini adalah aku, kenali aku sebagai diri sebenar aku," dan anda melihat bahawa kejujuran aspek terkuat anda. Walaubagaimanapun kejujuran anda juga mungkin boleh diaggap sebagai kedegilan! "Ini aku yg sebenar, aku xkan berubah!". Tiada orang yg terlalu hebat sehingga tidak mahu menjadi lebih baek. Jika anda mahu mengekalkan imej anda, pastikan bahawa orang lain menerima diri anda terlebih dahulu.