Remaja Cool '}

Saturday, 19 November 2011

Ketahuilah Indeks Tekanan Anda






Pasti semua pernah ke tandas awam seperti di kompleks beli belah. Cuba bayangkan anda masuk ke tandas awam yang lebih kurang sama dengan gambar ni… kalau masa tu semua tandas tiada orang, mana satu yang anda akan pilih?
 


By the way…ini hanya ujian utk menguji tahap tekanan anda semata-mata. 
A>>Indeks tekanan 8 mata
Anda seorang yg bertenaga dan cergas. Anda dapat mengetahui keperluan org lain malah memahami perhubungan yg rumit antara manusia. Anda mempunyai citarasa yg tinggi, personality yg anggun dan merupakan seorg yg cerdik pandai. Namun, anda terlalu yakin pada diri sendiri hingga melakukan kesilapan dan menyusahkan org lain. Anda juga sering mengundang masalah kerana tidak mendengar nasihat org lain. Anda tidak dapat mengawal emosi anda.
B>>Indeks tekanan 3 mata
Anda suka akan kehidupan yg ringkas dn sederhana. Sikap kehidupan anda menyebabkan org yg berada di sekeliling anda berasa selamat dan mempunyai keyakinan. Anda akan menjaga org di sekeliling anda dengan sepenuh hati. Walaubagaimanapun, adalah dinasihatkan agar anda tidak mengharapkan pujian drpd org lain.
C>>Indeks tekanan 9 mata
Anda melayan semua org dengan sikap yg jujur dan peramah. Anda juga seorg yg berkeyakinan dan bercita-cita. Anda berpeluang untuk membina kehidupan yg bahagia. Namun, anda seorg yg penakut dan membiarkan org lain buat perkara yg x elok. Walaupun anda berhati-hati, anda juga terlibat dengan kegiatan kawan anda.
D>>Indeks tekanan 7 mata
Anda seorg yg periang dan romantik. Anda suka ketawa. Anda tidak akan dipengaruhi oleh perasaan sengsara dan gelisah. Anda mudah menyesuaikan diri. Namun, anda tidak mempunyai ketahanan yg lama. Ini akan mengganggu apa yg anda lakukan.
E>>Indeks tekanan 6 mata
Anda adalah seorg yg amat prihatin dan sensitif. Anda sesuai untuk menceburi bidang kerja yg kreatif. Anda mengambil berat akan apa yg berlaku di sekeliling. Anda meletakkan percintaan dan kerjaya di tempat yg sangat penting. Memang tidak dinafikan anda seorg yg berani. Tapi sering menggunakan cara yg salah untuk mempersembahkan diri. Apabila anda tahu menguruskan hubungan dengan org lain, maka tekanan akan hilang.
F>>Indeks tekanan 4 mata
Anda adalah seorg yg mudah bimbang dan risau akan kehidupan seharian. Anda tidak mementingkan kebendaan tapi amat meitikberatkan kepentingan citarasa. Anda juga mempunyai kemahiran menganalisi sesuatu perkara. Kalau anda tertekan dengan kehidupan seharian, mainkan watak sendiri dah memadai. Jangan hiraukan harapan org.
G>> Indeks Tekanan 5 mata
Anda bersikap seorangan dan mendapat kepastian drpd org lain. Anda tidak suka memahami kelemahan diri sendiri. Anda menjalani kehidupan mengikut cara anda sendiri. Anda harus ceriakan diri anda dengan bergaul dengan org lain. Harus mengejar cita2 sendiri.
H>>Indeks Tekanan 10 mata
Anda tidak hirau akan tekanan hidup. Anda mengejar kesempurnaan dalam hidup anda. Anda sanggup bekerja keras demi mengejar cita2. Jadi, anda selalu menikmati kejayaan. Anda x perlu bantuan drpd org lain utk hilangkan tekanan anda, tapi anda memerlukan org lain utk memberi nasihat kpd masalah yg timbul dalam kehidupan anda.


 p/s: try lar...hahaha~



Saturday, 15 October 2011

Adakah Anda Pemimpin Yg Bagus?



Hahaha..nampaknye sekarang aktiviti kat U mkin banyak. Bagus2x…sebenarnya sebarang aktiviti atau organisasi, tentulah ada orang tertentu yang mainkan peranan. Jadi, setelah buat kajian sikit, maka inilah konklusi yg dibuat. Antara pemimpin yg bagus dan peminpin yg x bagus. 

Seperti yg kita tahu, setiap organisasi pasti x terlepas dari masalah dalaman, x kira besar atau kecil. Ini kerana masalah itulah yg mampu membuatkan sesuatu organisasi makin kukuh ataupun mkin teruk. Apapun, organisasi yg mengambil iktibar dari kesilapan, pasti akan terus maju ke depan. Organisasi yg ulang kesilapan pula akan jatuh. Apapun, setiap insan tentulah ada ciri2 kepimpinan. Sama ada ia bagus ataupun x, ia bergantung pada personality dan cara pemimpin atasi masalah. Article ini akan mendedahkan  pemimpin yg bagus dan pemimpin yg x bagus kebanyakannya berdasarkan Robert D. Pettiford

Peminpin Bagus(PB)
Pemimpin X Bagus(PTB)

Semangat Selepas Perjumpaan
-apabila selesai meeting dengan PTB, kamu selaku orang bawahan ataupun kumpulan yg diketuainya akan terasa letih dan x bermaya. Kamu hilang semangat untuk melakukan aktiviti yg berkaitan. Ini mungkin kerana PTB mengungkitkan perkara yg x perlu ataupun perkara yg menyinggung perasaan ahli2 kumpulan yg laen.
-berbeza dengan PB, kamu akan rasa bertambah bersemangat untuk terus berkhidmat dan melakukan aktiviti yg akan datang

Aktiviti? Maklumat?
-PTB slalu memberikan maklumat atau tugas pada saat-saat akhir. PTB gemar memberikan maklumat pada ahli yg rapat sahaja dan sering memberikan maklumat pada ahli laen pada saat-saat akhir. kadang-kadang, PTB lupe memberitahu pada ahli yg laen.
-PB pula lebih suka menyebarkan maklumat pada semua ahli. PB akan memastikan semua ahli tahu maklumat tersebut. PB akan merancang terlebih dahulu sebelum aktiviti dan memberitahu lebih awal kepada semua yang terlibat.

Tuding Jari??
-PTB gemar menuding jari pada orang laen. PTB suka menyalahkan orang bawahan dan mengata mereka x kira di depan atau belakang mereka. Mereka gemar senyum sinis dalam perjumpaan dan mengata dalam hati mereka.
-PB pula lebih gemar menyelesaikan masalah bersama-sama dan tidak suka menyalahkan orang lain termasuklah diri sendiri. PB akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah bersama. Prinsip mereka, “Tuding jari xkan menyelesaikan masalah”. Mereka juga selalu tersenyum manis dalam meeting dan mengganggap apa pun mampu diselesaikan sekiranya bekerjasama.

Kedatangan Dalam Perjumpaan
-PTB slalu lewat dalam perjumpaan yg dia sendiri aturkan. Kadang2 PTB x datang perjumpaan yg dia buat atas alasan yg x kukuh ataupun alas an peribadi.
-PB pula gemar datang lebih awal dalam perjumpaan. Mereka xkan aturkan perjumpaan yg mereka xdapat hadir. PT berpegang pada kod PB iaitu “sekiranya ketua sendiri x boleh, apatah lagi org bawah”

Membuat Keputusan
-PTB selalu meletakkan diri mereka, emosi mereka dan pendapat mereka terlebih dahulu daripada org lain. Mereka suka membuat keputusan tanpa berbincang dengan ahli kumpulan terlebih dahulu. Mereka suka mengamalkan sistem autokrasi dimana PTBlah yg mengawal ahli kumpulan. PTB slalu membuat keputusan yg mendatangkan ketidakpuas hati org bawahan.PTB beranggapan bahawa merekalah yg membentuk kumpulan.
-berbeza dengan PB, PB meletakkan pendapat, emosi, dan diri mereka di tempat yg terakhir dan mendahulukan pendapat ahli kumpulan. PB selalu berbincang dengan ahli kumpulan tentang apa2 pun yg berkaitan dan tidak akan membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu. PB gemarkan demokrasi dan tidak suka mengawal kumpulan. PB suka menjadi sebahagian daripada kumpulan dan bukannya entity yg berasingan.

Kemajuan?? Memajukan diri?
-PTB lebih suka memajukan diri sendiri. Bagi mereka, kepimpinan yg bagus terbentuk dari pemimpin itu sendiri.
-PB pula lebih gemar memajukan ahli kumpulan kerana bagi PB, kepimpinan yg bagus terbentuk dari pemimpin dan ahlinya. PB akan bersama sama memajukan diri sendiri dan orang lain.

Apa Yg Kamu Fikir?
-PTB mahukan org bawahan tahu apa yg dia fikirkan dan mahukan org bawahan “follow” mereka.  Perkara ini sering terjadi dalam organisasi. Makin besar organisasi, makin besarlah masalah ini. PTB mahukan org bawahan memahami mereka tanpa banyak soal.
-PB pula berkomunikasi dengan apa yg org bawahan fikirkan. PB juga mahukan org bawahan memahaminya tetapi PB juga ingin memahami pemikiran mereka. PB berpegang pd kod PB iaitu” sebelum mahu org lain memahami kita, kita perlu memahami org lain dulu”.


Apa-apa pun, kepimpinan yg baik terhasil daripada setiap individu dalam sesebuah organisasi dan bukannya hanya sebahagian sahaja. PTB slalu membuat keputusan yg mendatangkan ketidakpuas hati org bawahan. Sekiranya terdapat sebahagian kecil daripada ahli kumpulan yg keluar daripada kumpulan kerana tidak sukakan kepimpinan PTB tersebut, ini bermakna sebahagian besar ahli kumpulan tidak puas hati dengan pemimpin mereka dan hanya memendam sahaja.
Walaubagaimanapun, x siapa yg sempurna di dunia ini. Masing-masing ada kelemahan sendiri. Sekiranya seorang , susah utk atasi kelemahan. Tetapi, sekiranya lebih ramai orang, maka kelemahan dapat diatasi dengan mudah. 

p/s: Artikle ini berdasarkan Robert D. Pettiford, MBA, RD Pettiford Consultant dan berdasarkan buku "The Black Book for Entrepreneurs"

Sunday, 2 October 2011

Aku X Suka Kamu



Ada sorang prempuan ni. Dia sangat sukakan lelaki ni tetapi dia pendamkan saja prasaan dia. mereka belajar di tempat yang sama dan kenal sejak dari tingkatan tiga lagi. Satu hari, mereka berjalan bersama. Sambil berjalan, prempuan tu cuba branikan diri untuk tanya soalan pribadi kat laki tu.
Prempuan tu tanye:

"Kamu suka aku x?"

Laki tu jawab:

"x."

Mereka berjlan lagi dan lepas 5 minit, prempuan tu tanye lagi soalan tadi:

"kamu rase aku cantik x?"

Laki tu masih jawab x.

Perempuan tu terus diam. Laki tu berhenti tibe-tibe dan panggil nama prempuan tu.

"Kita da kenal lama. sepatutnye kamu tau jawapan aku. Aku x suka kamu. Aku cintakan kamu. Aku x rasa yang kamu ni cantik, tapi aku rasa kamu lebih dari tu."

ahaks...saja utk korg baca.~

Cara Lelaki Menguji Wanita



Maaflah kalian semua. Lama x online disebabkan masalah-masalah tertentu. Kali ini saya bongkarkan pula rahsia lelaki menguji wanita. Ni memang sangat sesuai lah kalau wanita yang baca.
Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Tidak dinafikan, lelaki mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
mereka sengaja memberikan hadiah yang murah ataupun hadiah yang x mengeluarkan sebarang wang untuk menguji anda. Kebanyakan wanita akan selalu bertanya harga hadiah tersebut dan tempat hadiah tersebut dibeli. Jika wanita itu menerima hadiah tersebut dengan hati yg terbuka dan tidak banyak soal, dia akan lulus ujian lelaki tersebut.lagipun, pemberian seseorang yg disayangi sangat berharga pada diri kita x kira lah berapa pun harga di pasaran. Mereka suka menilai pemikiran wanita.
Mengajak menikmati hidangan yang murah
lelaki sangat simple. Mereka sukakan makanan yang simple. Mereka juga suka menguji wanita dari aspek makanan. Mereka akan mengajak tman wanita untuk makan di kedai yang murah. Jika anda menolak disebabkan hidangan yang murah, anda gagal ujian tersebut. Sebaliknya, jika anda menerima ajakannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera, anda lulus.mereka hanya ingin menilai, sejauh mana anda hargai masa untuk bersama x kira walau dalam keadaan apa sekalipun.

2. Menguji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu teman wanitanya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
lelaki suka menceritakan tentang bekas teman wanitanya. Apabila anda muram dan banyak bertanyakan tentang bekas teman wanitanya, bermakna kepercayaan anda terhadapnya masih rendah. Sekiranya anda senyum dan memuji bekas teman wanitanya dan merendah diri, maka itu tandanya anda sangat percayakannya. Lelaki suka wanita yang begini.
Menelefon wanita lain di hadapan kamu
jika anda marah dan tidak membenarkan dia menelefon mana-mana perempuan, maka bagi lelaki, anda terlalu mementingkan diri sendiri. Jika anda tenang dan bertindak seolah-olah itu bukanlah masalah yg besar. Maka anda lah wanita yang rasional

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
jika anda mengetahui khabar bekas lelaki anda, ini bermakna anda sering menghubungi bekas lelaki anda. Lelaki lebih suka jika anda x ambil  tahu tentang lelaki lain lebih lebih lagi bekas teman lelaki.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
jika anda mengutuk bekas lelaki anda, maka anda adalah jenis yang talam dua muka. X kira sesiapa pon, lelaki lebih suka wanita yang x bersangka buruk

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:

Pergi melancong
anda perlulah sentiasa menghubungi si dia walau ke mana pun dia pergi. Ini kerana lelaki suka jika wanita yg disukainya ambil tahu tentang dirinya
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
jika anda melayan temannya atau keluar bersama temannya, bermakna anda suka menduakan lelaki. Anda jenis yang x setia dan perhubungan anda xkan kekal lama.

Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudara xxs di Forum Tentang Cinta.


p/s; dulu pon lebih kurang camni la ak uji die...sorry~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...