Remaja Cool '}

Monday 30 May 2011

Adakah anda talam dua muka???


Haa..kali ni sy ada satu lagi jenis soalan yg diadaptasi dari buku arena komik tahun2 yg lepas2. mari kita menguji diri kita. Adakah anda bersikap talam dua muka apabila di hadapan org lain? Di hadapan, anda berbaik-baik dengan dia tetapi di belakang anda mengutuk-ngutuk si dia? Adakah hidup sedemikian lebih menarik? Mari menguji. Biarlah diri anda sendiri beritahu diri anda adakah anda talam dua muka.

Soalan 1: pakaian apakah yg anda akan pakai apabila anda keluar membeli surat khabar?

A: salin pakaian yg anda pakai apabila anda keluar rumah….....................2 markah
B: terus keluar rumah tanpa bersalin….....................................................1 markah
C: tukar seluar panjang sebab lebih sopan berbanding seluar pendek…....3 markah
D: malas nak keluar memandangkan kena tukar pakaian…......................4 markah

Soalan 2: berapa lamakah anda menukar nama di yahoo messenger/ MSN?

A: apabila teringin nak keluar, terus saja tukar…....................................3 markah
B: setiap hari pasti akan tukar…............................................................4 markah
C: x pernah tukar kerana bimbang teman lain lupa ID saya….................1 markah
D: hanya tukar apabila mempunyai perasaan…......................................2 markah

Soalan 3: di manakah anda akan tinggal apabila ke luar Negara?

A: berikhtiar tinggal di rumah kawan…...........................................3 markah
B: tinggal di hotel 5 bintang….........................................................4 markah
C: tinggal di motel murahan…........................................................2 markah
D: tinggal di hotel biasa…..............................................................1 markah

Soalan 4: apakah yg harus anda lakukan apabila terpaksa bekerja di bawah seorg rakan sekerja yg sukar utk berkomunikasi?

A: membuat keputusan utk segala-galanya krn malas berkomunikasi dengannya…............3 markah
B: buat semua kerja seorg diri….....................................................................................1 markah
C: cuba berkomunikasi dengannya dan cari alternative utk bekerja bersama-sama….......2 markah
D: terus laporkan kepada pihak atasan dan minta penukaran pekerja…..........................4 markah

Analisis:
4-6 markah: indeks talam dua muka 30%
Anda seorg yg teurs terang. Anda akan bercakap apa sahaja yg ada dalam fikiran anda. Org yg telah lama mengenali anda tahu akan budi bicara anda. Tapi dengan org yg pertama kali jumpa, lebih baik anda kawal sikit.

7-9 markah: indeks talam dua muka 60%
Anda seorg yg bijak. Anda tahu bila masanya utk menunjukkan sikap diri anda yg sebenar pada masa yg sesuai. Tapi ingat, jangan keterlaluan! Gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya. Anda bukan sahaja dapat membantu org lain, malah dapat meningkatkan imej diri sendiri.

10-12 markah: indeks talam dua muka 80%
Kebanyakan org beranggapan anda adalah talam dua muka. Sebenarnya, anda bukanlah sengaja berbuat demikian. Anda melakukannya secara semula jadi. Di nasihatkan supaya anda mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, maka bolehlah anda menghadapi keadaan.

13-16 markah: indeks talam dua muka 99%
Anda mungkin mempunyai EQ yg terlalu tinggi dan terlalu beremosi! Emosi anda bertukar dengan sangat pantas sehingga org lain pun terperanjat dengannya. Tapi anda perlu berjaga-jaga dengan perasaan sendiri. Jangan terlalu entingkan diri sendiri sehingga berlaku perkara yg tidak diingini.

lagi di detik-pelangi.blogspot.com "adakah-anda-seorg-yg-jahat??~"

Sunday 22 May 2011

adakah anda seorg yg jahat?


“you are devil”


Oh tidak…pernahkah anda dianggap sebagai “devil”?! adakah anda telah menjadi jahat pada pandangan orang lain?! Jangan melengahkan masa lagi! Jom! Mari kita uji indeks “Devil” kita!
Attention: devil dalam ruangan ini adalah nakal sahaja

Q1: adakah anda akan makan lauk kesukaan anda terlebih dahulu ketika makan?
Yes>>>ke Q2                                     No>>>ke Q3

Q2: adakah anda akan cari ikhtiar utk cari barangan yg anda inginkan walaupon mahal?
Yes>>>ke Q4                                     no>>>ke Q6

Q3:anda berharap menjadi kucing kalau terpaksa berubah menjadi binatang peliharaan?
Yes>>>ke Q5                                     No>>>ke Q7

Q4: adakah anda sering main kayu 3?
Yes>>>ke Q6                                     No>>>ke Q7

Q5: adakah anda selalu terima hadiah daripada org lain?(berlainan jantina)
Yes>>>ke Q8                                     No>>>ke Q10

Q6: pernahkah kenalan yg tidak rapat melafazkan cinta pd anda?
Yes>>>ke Q8                                     No>>>ke Q10

Q7: adakah anda selalu dipuji muda?
Yes>>>ke Q10                                   No>>>ke Q9

Q8: adakah selalu terdapat org yg hulurkan bantuan kpd anda?
Yes>>>ke Q9                                     No>>>ke Q11

Q9: adakah anda mempunyai konsep kewangan?
Yes>>>ke Q12                                   No>>>ke Q15

Q10: adakah anda seorg yg mempunyai pendirian sendiri?
Yes>>>ke Q13                                   No>>>ke Q14

Q11: adakah anda susah utk menolak permintaan org lain?
Yes>>>ke Q15                                   No>>>ke Q14

Q12: anda mempunyai minat yg luas tetapi hanya hangat2 tahi ayam?
Yes>>>ke Q15                                   No>>>ke  Q16

Q13: anda bukanlah sangat cantik/kacak tetapi sgt cool?
Yes>>>ke Q18                                   No>>>ke Q 17

Q14: adakah anda suka mengacau org lain?
Yes>>>ke Q20                                   No>>>ke Q 16

Q15: adakah anda memilih hadiah dengan teliti apabila membelinya utk org lain?
Yes>>>ke Q19                                   No>>>ke Q17

Q16: adakah anda berjalan lebih laju apabila berjalan dengan kawan yg berlainan jantina?
Yes>>>ke Q19                                   No>>>ke Q20

Q17: adakah anda tidak suka makanan yg digoreng?
Yes>>>ke Q 20                                  No>>>ke Q19

Q18: adakah anda berpendapat kecantikan wanita tidak hanya dinilai dari sudut fizikal sahaja?
Yes>>>ke Q19                                   No>>>ke Q20

Q19: adakah anda seorg yg lembab?
Yes>>>ke jenis B                                              No>>>ke jenis A

Q20: adakah anda merasakan diri anda adalah seorg yg sgt peramah?
Yes>>>ke jenis D                                             No>>>ke jenis C



A: indeks jahat ialah 90%
Anda adlah seorang yg mengejar sesuatu yg baru. Anda selalu memberi perhatian kepada sesuatu yg baru. Anda membelanjakan sejumlah wang ringgit ke atasnya. Anda sgt takut digelar seseorang yg kolot dan ketinggalan zaman. Anda cepat jemu akan sesuatu yg lama, begitu juga dalam soal percintaan. Dalam pandangan kekasih, anda adalah “devil”

B: indeks jahat adalah 70%
Anda adalah seorang yg berkeyakinan akan fizikal dan mental anda. Anda seorang yg sgt popular. Anda pandai menonjolkan keistimewaan diri dan sgt mendapat sambutan di kalangan kawan yg berlainan jantina. Tapi anda telah mempergunakan mereka yg meminati anda. Kalau anda tidak suka dia, lebih baik terus terang dan stop mempergunakan org demi kepentingan diri sendiri.

C: indeks jahat adalah 50%
Kesejahteraan, aman dan tenang adalah prinsip anda. Anda mudah puas hati dan tidak banyak mempertikaikan hal yang remeh-temeh. Anda kurang keyakinan dan tidak melakukan sesuatu yg berisiko. Paras rupa anda adalah normal tetapi memiliki personality yg baik dan mendapat kepercayaan dari org sekeliling.

D: indeks jahat ialah 30%
Anda seorg yg matang dan serius. Anda tidak mengambil jln yg singkat utk mencapai matlamat anda. Disebabkan factor ini, org lain menganggap anda seorg yg sgt degil. Anda perlu berhati-hati dalam perhubungan dengan org lain.anda sgt setia dlm percintaan. Oleh itu, anda akan berfikir semasak-masak sebelum menerima si dia.

p/s: kajian ini hanya utk dibca shja..percayalah diri anda sendiri~

Friday 20 May 2011

Adakah Anda Seorg Yg Open Minded?


Hai kawan2, da lama jgak sy menyendri tnpa post pape pon…tp skg sy kembali lg dengan pelbagai soalan utk menguji anda. Adakah anda seorg yg open minded? Mungkin anda perasan atau mungkin tak. Disini, anda boleh mengujinya. Fahami diri anda yg sebenarnya.


1. secara purata, anda melayari internet 20 jam dalam sehari?
Ya>>>Q2                              Tidak>>>Q4

2. anda akan sedekahkan wang kepada pengemis tua di tepi jalan?
Ya>>>Q3                              Tidak>>>Q6

3. Anda seorg yg mementingkan kebendaan?
Ya>>>Q7              Tidak>>>Q5

4. Anda mempunyai adik-beradik 2 org ke atas?
Ya>>>Q9              Tidak>>>Q3

5. Anda suka warna terang?
Ya>>>Q13           Tidak>>>Q8

6. Anda mempunyai kad kredit/debit?
Ya>>>Q13           Tidak>>>Q5

7. anda berbelanja RM 300 keatas utk pakaian setiap bulan?
Ya>>>Q12           Tidak>>>Q8

8. Anda memberi tempat duduk kepada irg yg memerlukan?
Ya>>>Q15           Tidak>>>Q14

9. Anda pernah menyaksikan bunga api secara langsung?
Ya>>>Q7              Tidak>>>Q10

10. Anda sentiasa optimistic?
Ya>>>Q11           Tidak>>>Q12

11. Pernahkan org kata anda seorg yg panas baran?
Ya>>>Jenis D     Tidak>>>Q14

12. Anda masih berhbungan dengan kawan sekolah rendah?
Ya>>>Jenis B      Tidak>>>Q15

13. Anda mempunyai akaun simpanan peribadi?
Ya>>>Jenis C      Tidak>>>Jenis B

14. Pernahkah anda melancong ke luar Negara?
Ya>>>Jenis A     Tidak>>>Jenis C

15. Anda pernah digantung sekolah?
Ya>>>Jenis D     Tidak>>>Jenis B

Analisa:

Jeis A: Open minden 90%
Anda seorg yg suka bermain. Anda suka perkara yg baru dan sesuatu yg mencabar. Pemikiran anda cerdas dan sangat kreatif. Anda seorg yg mempunyai banyak idea. Anda sering membuat suasana menjadi meriah dan hangat. Ramai org suka berkawan dengan anda.

Jenis B: Open minded 70%
Anda seorg yg lambat mesra dengan org lain terutamanya org yg tidak dikenali. Tapi, org yg mengenali anda mengetahui sebenarnya anda adlah seorg yg suka bermain dan amat berani. Anda selalu memberi kejuta kepada org lain.

Jenis C: Open minded 50%
Mungkin anda pernah mengalami pengajaran, maka anda berhati-hati dengan org lain. Pandangan pertama org lain terhdap anda ialah anda seorg yg peramah. Tapi, selepas lama berkenalan, mereka mendapati bahawa anda adalah seorg yg tidak banyak bercakap.

Jenis D: Open minded 40%
Anda seorg yg serius. Anda mempunyai prinsip hidup yg perlu diikuti. Setiap perkara anda mempunyai pendapat dan prinsip sendiri. Tapi anda suka bergaul dengan org jenis A. ini adalah kerana anda akan memperoleh banyak kegembiraan daripada mereka.

*p/s: ini hanyalah kajian yg dibuat pakar sahaja. Percayalah pada diri anda sendiri~


Saturday 7 May 2011

Ciri-ciri anak yang soleh

Hari ini hari ibu...8 mei 2011. jadi, utk penghayatan semua, sy post artikel ini utk kita nilai diri kita...adakah kita ini anak yang baik dan soleh@solehah? memandangkan sekarang kita berda di akhir sem, mka rmai mahasiswa pulg ke rumah. ucapknlah "selamat hari ibu" utk ibu anda..



berikut adalah ciri2 anak yang soleh:
1. Berbuat dan bergaul dengan baik kepada ibu bapa walaupun mereka itu seorang yang musyrik.
2. Melakukan sesuatu amalan kebaikan dan menjauhi amalan kejahatan walaupun tidak dilihat oleh orang-ramai.
3. Mendirikan solat dengan sempurna.
4. Menyeru dan mengajak manusia ke arah kebaikan.
5. Mencegah orang lain melakukan kemungkaran dan kejahatan.
6. Sentiasa sabar dan tabah akan segala bencana dan bala yang menimpa diri.
7. Tidak sombong dan tidak takbur di dalam pergaulan di atas muka bumi ini.
8. Sentiasa bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim


Tuesday 3 May 2011

Tingkah Laku Orang Berbohong

Skang ni, meh kita mengungkai rahsia orang yang berbohong plak...

sperti yg kita tw..bohong ni berdosa...tp knape still berbohong? ...sbab nk dosa la kot...
kita sebagai manusia ni kne sentiasa jjur, kalau x nak berbohong, cara yg paling bagus adalah berdiam diri. cuba kita fikirkan kalau dunia ni x ada pembohongan langsung...mesti dunia ni aman kan? xkan ada jenayah, perang dan sesuatu yang buruk..Allah SWT suka pada kejujuran. Walau bagaimanapon, kita still boleh elakkan penipuan darripada org lain...berikut adalah antara tanda-tanda orang berbohong...

1) Kerap Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememamangnya sakit resdung! Ahaks..




2) Menutup mulut

Ada sesetengah orang tidak perasan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik( bukan tindak balas kimia)  yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Tapi jangan pula tersalah dengan orang yang tutup mlut sbb mulut berbau...hehehe~


3) Gagap

Biasanya seseorang yang slalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


4) Pergerakan mata

Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. tapi janganla pandang mata die spanjag mse...cuak lak~


5) Melengah-lengahkan jawapan

Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong. nak ambil masa untuk fikir ayat sterusnya~


6) Resah

Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. kalau lain dari yang lain, pelik sikit...hah, ye la tu..dia  berbohong la tu...kecuali kalau ad something happen kat die, sbab tu die cam pelik cket...tapi, jangan terlalu mudah mengatakan yg seseorg tu berbohong,,,siasat dulu lpas dpat tanda yg die brbohong~






Al Quran (24) An Nuur : Ayat 14
Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. (QS. 24:14)

p/s: please leave ur comment~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...